Yang Ikut

Thursday, 9 June 2011

Tunggu aku Malaysia

Reactions: 
Aku dah beli tiket balik Malaysia. 4hb Julai aku sampai di KLIA. 12hb Julai aku balik semula ke Adelaide. Anak bini tidak ikut.

Seperti biasa, naik kapal terbang lompat lompat. Dari Adelaide ke Melbourne naik Tiger. Tumpang tidur di rumah seorang kawan. Ini pun kawan yang aku jumpa setahun lalu semasa ke Darwin. Sama bidang psikologi seperti aku.


Dari Melboune ke KLIA naik AirAsia. Itu pengangkutan rasmi orang tidak banyak duit seperti aku. Di Kuala Lumpur, tidak tahu di mana lagi hendak menumpang. Tapi, aku tidak bimbang hal penginapan di Kuala Lumpur. Banyak kroni di sana. Dari Kuala Lumpur, naik bas ke Johor Bahru pula. Naik bas tidak jadi masalah. Asalkan sampai. Di Johor, aku tidur hotel 2 hari. Kalau tidak tidur di hotel, nanti nampak pelik pulak. Supervisor aku dah beri 2 ribu dolar untuk balik Malaysia. Nampak sangat aku ini cuba 'sip' duit.

Ada sesiapa di Johor yang nak belanja aku teh tarik terbaik?

Dua hari di Johor Bahru, 8hb malam aku kena balik kampung tengok mak aku dulu. Boleh sehari pun kira cukup. Sekadar menjenguk muka. Kalau sempat ingat nak ke lubuk memancing dulu. Setidak-tidaknya masuk hutan korek rebung. Aku masih berfikir perlu atau tidak aku naik kapal terbang dari Johor Bahru ke Alor Setar. Naik bas pun bukan murah lagi zaman sekarang.

Kalau naik bas, 9hb pagi baru sampai Changlun. 10hb malam aku kena bertolak balik ke KL pula. Isteri aku minta aku singgah rumah emaknya juga. Ini baru satu. Bayangkan kalau abang Salleh. Agaknya dia pening kepala sebab itu kena tambah sampai empat.

11hb malam aku sudah kena ada di KLIA pula. Aku pun tak pasti jam berapa tiketnya. Semuanya isteri aku uruskan.

Inilah dikatakan zaman global. Kalau ada duit, anda boleh keliling dunia dalam seminggu. Kalau tak ada duit, boleh terus termangu di depan pintu.

Tunggu aku Malaysia.

4 comments:

Norsha said...

ada duit byk benda boleh dicuit, takde duit tgk jelah terkelip2...

ajaq said...

aku kat putrajaya sedia membantu jika ada keperluan dan bantuan, 0136272757, berkenaan dgn statistik pekerjaan, Kak Nor tengak usahakan

ihsan_huhu said...

dok je umh aku kt jb tuh, ade parent aku je pon.

ismadiyusuf said...

ada duit, boleh pegang-pegang..
takde duit, boleh pandang-pandang..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails