Yang Ikut

Wednesday, 1 June 2011

Abang Salleh idola kami juga!

Reactions: 
Apabila mendapat tahu bahawa isteri ke empat Salleh Yaakub terpesona dengan hidung pelawak terkenal itu, aku juga cuba mencucikan hidungku agar kelihatan lebih mancung. Isteriku berkata, "amboihhh". Ini membuatkan hasrat untuk menjadikan hidungku lebih menarik dibatalkan!

Sekurang-kurangnya aku tahu, itulah kelebihan abang Salleh. Di kalangan orang lelaki, kami sesekali berbual mengenai bagaimana beliau mampu menjadi lelaki yang 'lain' dari yang lain. Semua isterinya bersetuju memberikan keizinan untuk dia berkahwin lagi.

Kalau lelaki berkahwin dua, ia biasa. Tetapi ini empat. Ia sangat sedikit berlaku di Malaysia.

Satu petang, sedang kami khusyuk membincangkan topik hangat ini di kalangan kami - seorang blogger terkenal Adelaide sedang membincangkan perspektif kehidupan bermadu. Entah bagaimana tiba-tiba isterinya lalu di belakang dan terdengar ayat suaminya yang menyatakan betapa mudah untuk bermadu. Sebenarnya itu bukanlah maksud sebenar blogger itu. Ada ayat lain di hadapannya. Ia hanya merujuk kepada abang Salleh.

Cuma kerana ayat yang sekerat itu sahaja yang didengar oleh isterinya, maka terhamburlah 'Amboih. apa kata tadi?".

Begitulah realiti poligami di Malaysia. Bukan sekadar hasrat untuk berpoligami, berdiskusi topik poligami pun mungkin tidak disukai sang isteri. Sekarang ini kalau ada anak lelaki yang baru dilahirkan, diberi nama Salleh pun mungkin diragui isteri.

Sebab itulah, kejayaan abang Salleh menjadi bahan berita di kalangan kami. Di kalangan lelaki lain di Malaysia juga tentunya. Apatah lagi dia mampu membawa semua isterinya melancong ke China. Jarang lelaki Melayu mampu melakukannya. Yang selalu kita dengar ialah madu bergaduh dan menarik rambut di antara satu sama lain, atau suami disimbah cuka.

Abang Salleh kini bukan hanya menjadi idola gadis-gadis cantik, tetapi juga para suami. Itulah berita indah poligami di Malaysia, sekurang-kurangnya dari apa yang dilaporkan di dada akhbar.
Apa yang berlaku dalam realiti rumahtangga abang Salleh tidak kita ketahui. Ia mungkin hanya indah khabar dari rupa, atau kehidupannya memang indah. Sebagai personaliti, tentu dia tahu cara menyembunyikan rahsianya. Kalau madunya bergaduh sesama mereka pun, siapa yang akan tahu. Abang Salleh boleh lari ke konti Radio Sinar dan berceloteh dengan pendengar seperti biasa. Bagaimana pula orang lain?

Bagaimana pun, kalau ditanya aku hal poligami - aku rasa banyak dari kami sebenarnya hanya bising di mulut sahaja. Hakikatnya ia tidaklah semudah yang dijangka.

Seorang teman bergelar Profesor Madya di sebuah universiti swasta juga menjalani hidup berpoligami. Seorang isterinya di Kuala Lumpur, seorang lagi di Tanjung Malim. Pernah aku tanya padanya, kalau ditakdirkan masa diputar balik - mahukah dia berpoligami.


Dia kata, mungkin tidak.

Setiap orang dengan ceritanya. Ada cerita indah. Ada cerita gundah.

Aku mungkin perlu mengubah rencana. Aku rasa, orang pertama yang perlu aku jumpa sebaik sampai di Malaysia nanti ialah Salleh Yaakub! Dia kini menjadi idola nombor satu suami Malaysia.

Tolong. Tolong jangan beritahu isteriku hal ini.

7 comments:

mala said...

assalamualaikum - hebat abg salleh. sampai ke adelaide cerita dia ;-)

Dr. Ben said...

tahniah fakir fikir (akan datang)

Anak Pendang Sekeluarga said...

Salam,apa khabar,menarik sungguh cerita di atas,tuan/puan pemilik blog,sya menjemput tuan/puan untuk memberikan cerita pengalaman tuan/puan di dalam isu penggunaan miswak or sugi ini.
Mungkin pembaca di luar sana,ada cerita yang menarik untuk di kongsi bersama,mana tahu,cerita tersebut merupakan kenangan manis kita ketika kita dalam proses untuk menghidupkan kembali sunnah junjungan besar kita di zaman yang kehidupannya serba mencabar ini.Pembaca yang budiman dan rakan-rakan sekalian,bolehlah berkongsi di sini,kenangan manis yang ada ketika mula mengamalkan sunnah bersugi @ miswak ini.

ihsan_huhu said...

aku 1 pon xstart ag. xpe2, sempat kejar

ismadiyusuf said...

sebaik-baiknya digalakkanlah para suami kahwin lebih..

mulan said...

Kebanyakan lelaki yg berpoligami tu macam mentol lampu...cerah kat luar, serabut didalam...rasanya had kat umah ni pun dok dlm kategori 3T( Teringin tapi takut)...kah kah kah..

mangkuk statik said...

Sapa blogger terkenal tu? Hang tak boh link camner org nak tau terkenal ke tidak?
Hang ni dah brapa kali tulis pasal poligami ni. Udah2 lah teori tu. Jangan jadi melayu. Ayuh kita praktikan ilmu yg penuh di dada!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails