Yang Ikut

Monday, 2 May 2011

Kalau begitu bagaimana?

Reactions: 
Seorang pembantu imam dikatakan dilihat masuk ke dalam disko di Thailand. Orang mula bising mengadukan hal ini kepada orang alim.

Siapa yang menjadi saksinya? Tanya orang alim.

Beberapa anak muda yang selalu melepak di disko. Mereka sering melihatnya. Kata pengadu.

Dia juga dilihat selalu bermain ekor. Kata pengadu lagi.

Siapa saksinya? Tanya orang alim.

Beberapa kaki ekor sekitar pekan Changlun. Mereka pasti. Dia bersama mereka di kedai ekor.

Kalau begitu mereka tidak boleh menjadi saksi. Tidak boleh diambil saksi fasik. Saksi pun ahli maksiat. Kata orang alim.

Kalau begitu bagaimana? Tanya pengadu.

Semoga dia bertaubat.

1 comment:

Ismi Ijmi said...

Yesss,
akhirnya fakirfikir kembali berfungsi.

maaf nak bg email pun tak pasti.
ni 1st visit lepas ditutup.

lepas ni biar je.
ayat2 dalam blog ni kdg2 bermotivasi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails