Yang Ikut

Saturday, 21 May 2011

Apa yang indah?

Reactions: 
Tinggal 90 hari aku di bumi Adelaide. Aku sudah melalui lebih dari 1,035 hari di sini. Melewati beberapa kali musim sejuk, panas, bunga dan luruh. Ia sesuatu yang tak pernah termimpikan.

Apa yang indah?

Banyak. Aku berkenalan dan bersahabat dengan banyak manusia baru yang tidak pernah aku kenal latar sejarahnya. Ada anak Tan Sri, ada anak petani. Ada yang cuma bekas kelasi dan tukang pomen kereta. Ada macam-macam. Ada yang sudah balik, yang baru pula datang. Ada yang tersangkut menjadi kawan, ada yang tidak. Yang 'poyo' aku tak ambil 'pot'.

Aku juga sempat berkenalan dengan beberapa anak muda yang umurnya 15 tahun lebih muda dari aku. Ketika aku sebaya mereka, aku juga bersahabat dengan orang yang usianya 15 tahun atau 20 tahun lebih tua dari aku. Ada di antara mereka yang masih hidup. Ada yang sudah mati.

Juga ada beberapa teman luar negara yang jadi teman baik aku. Gary Hall - warga Australia pemandu lori yang sama-sama buat PhD di tempat aku. Sesekali, kalau dia mabuk - dia akan telefon aku bersembang macam-macam tajuk. Ada juga orang Indonesia, Thai, Jepun dan Korea. Ada yang sudah balik kampung tak akan berjumpa lagi.

Aku juga bertemu dengan beberapa orang yang tidak aku kenal melalui blog. Mereka ini entahkan ujud, entahkan tidak. Ada yang mengirim email bertanya hal-hal psikologi. Ada yang bertanya hal belajar. Ada yang bertanya urusan memulakan kehidupan baru di Adelaide. Nampaknya blog sudah menjadi medium baru kita bersahabat.

Apa yang tidak indah?

Banyak juga. Belajar ini banyak kos. Kos bermakna hutang. Hutang bermakna kita akan menjadi manusia susah yang hidupnya terjerat.

Aku juga terlepas banyak kenduri kahwin. Terlepas peluang memerhatikan suasana politik Malaysia. Banyak juga orang terdekat aku yang pulang ke alam yang satu lagi semasa aku di sini.

Banyak lagi.

2 comments:

Norsha said...

jauh berjalan, luas pandangan bertambah pengalaman, bertambah matang fikiran,semakin meningkat iman....

mangkuk statik said...

Syukur ke hadrat illahi kerana kau tak kategorikan aku sebagai "indah". Aku lebih layak d kategorikan sebagai kacak, hensem dan yang sewaktu dengannya. Indah tidak sama sekali.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails