Yang Ikut

Monday, 14 March 2011

Kesan halo - jerat cinta orang tua

Reactions: 
Kerana terpesona dengan seorang lelaki melalui perbualan telefon dan sms, seorang anak gadis berusia 18 tahun akhirnya menjadi isteri kedua. Baca di sini. Kenalan lelakinya yang disangka orang muda, rupanya sudah begitu berusia. Yang disangka pegawai bank sebenarnya hanya seorang penoreh.

Kita tidak mengulas hal hukum hakam. Kita hanya ingin mengulas hal psikologi bagaimana manusia boleh terjerat dengan sms dan perbualan telefon. Dalam psikologi kita namakan ia sebagai 'halo effect' - atau 'kesan halo'.

Mengikut teori - semakin jauh jaraknya kita dengan sesuatu, manusia cenderung menilai seseorang atau sesuatu secara keseluruhan dan abstrak. Kita tidak ada gambaran sebenar. Bagaimana pun, semakin dekat jarak dengan sesuatu, penilaian kita akan lebih konkrit. Ini menjadikan sistem pemprosesan maklumat dalam minda kita semakin jelas.

Misalnya, kalau kita berbual dengan seseorang dalam telefon - yang tidak kita kenali - maka kita akan menggambarkan seseorang itu dalam bentuk yang lebih umum - dalam dua konstruk berberbeza - misalnya cantik atau jelek, baik atau buruk. Bagaimana pun, kalau kita berbual dengan seseorang yang dapat kita lihat dengan jelas, kita tidak pula memberikan penilaian bersifat umum. Otak kita akan memperjelaskan setiap butiran. Misalnya, kalau cantik - secantik mana orang itu. Bahagian mana yang cantik, dan bahagian mana yang tidak. Kalau jahat sejahat mana pula orang yang sedang kita bualkan itu. Kita akan lebih rasional. (Penyelidik, baca construal level theory).

Berbalik kepada kesan halo, manusia apabila berbual dengan orang yang tidak dikenali, biasanya akan membuat penilaian secara menyeluruh terhadap orang lain. Kalau suara yang didengar itu merdu, kita akan sama ada mengandaikan orang itu sebagai baik atau cantik. Begitu juga dengan sms. Kalau tulisannya sangat baik - dan mesra, kita akan menafsirkan orang yang tidak kita kenal itu sebagai budiman, muda dan peramah. Semua inilah yang membuatkan berlaku bias dalam sistem pemprosesan maklumat.

Dalam dunia ini - banyak manusia tergoda dengan kesan halo - khususnya orang yang tidak ada banyak pengalaman hidup. Anak gadis di kampung - yang tidak pernah bercinta, akan mudah tergoda kalau diayatkan dengan kata cinta yang memukau. Ditambah pula dengan budi baik seperti memasukkan kredit telefon atau wang membeli barangan. Semua ini menjadikan orang yang tidak dikenali boleh menyamar menjadi apa sahaja.

Sebab itulah - kita jangan mudah terpesong dengan halo effect. Haruslah rasional dalam membuat pertimbangan. Banyak gadis muda yang terpedaya. Malah, orang yang sudah berkahwin pun bergelora rumahtangganya hanya kerana kesan halo.

2 comments:

mangkuk statik said...

salam,
1. Kenapa di namakan kesan "halo" , bukan "hello"? Bukankan dalm fon kita cakap hello, bukannya halo.

2.Moral of the story ialah kalau nak ngorat awek muda, pakailah fon, sms or zaman sekarang ni internet.

3. Oleh itu di minta isteri saudara fakir fikir mengambil langkah berjaga2 sekiranya saudara fakir fikir mula bukak account facebook. Al maklum, saudara fakir fikir memang Raja Ayat!

wassalam

Ahmad Haziq Azlan said...

norma la tu cinta sms..... tak kenal, tak pernah jumpa.... last last terus couple

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails