Yang Ikut

Friday, 4 February 2011

Siapa yang boleh jadi sahabat?

Reactions: 
Bidang psikologi ialah bidang yang mengkaji tingkahlaku manusia. Dalam ayat asalnya - pengkajian jiwa.

Kita orang biasa juga, sebenarnya adalah ahli psikologi. Kita juga memerhati dan mengkaji gelagat manusia. Kita memerhatikan teman-teman kita. Kita membuat tafsiran mengenai orang lain. Kita bersahabat dan kita bermusuh kerana kita ada tafsiran sendiri mengenai manusia.

Setiap hari juga kita dipertemukan dengan orang lain yang belum kita kenali. Ada yang boleh menjadi sahabat kita, ada yang tidak. Sama ada kita yang tidak boleh menjadi sebahagian dari mereka, atau mereka tidak boleh menjadi sebahagian dari kita.

Bagaimana anda menilai orang lain?

Apakah kayu ukur yang anda gunakan sebelum anda merasakan sesorang itu patut dijadikan sahabat, atau tidak?

Nanti kita sambung. Kita bincang bagaimana manusia melihat manusia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails