Yang Ikut

Friday, 18 February 2011

Selamat harijadi isteriku

Reactions: 
Selamat harijadi isteriku.

Hari ini ialah hari lahir isteriku. Sejak berkahwin, aku tidak pernah memanggil 'sayang' kepada isteriku seperti mana banyaknya yang dibuat orang lain. Aku tidak pandai mengguna kata indah. Tapi bukanlah maknanya aku tidak sayangkan isteriku yang pertama itu. Mana ada orang tidak sayangkan isteri?

Umur kami kian meningkat. Aku berjumpa dengan gadis cantik ini tahun 1998 dulu. Masa itu dia masih kurus dan ramping. Sekarang ini, sesuai dengan statusnya sebagai wanita pertama dalam keluarga kami, dia tidak ramping lagi. Mana ada wanita pertama dalam dunia ini yang ramping?

Apa yang hebatnya isteri kesayangan aku ini?

Isteri aku sebenarnya pandai dalam hal kira mengira. Dia pandai dalam hal itu. Aku pula sangat lemah dalam hal ini. Kadang-kadang supervisor aku gelak kat aku bila aku mengira dengan jari. Isteriku seorang penjaga hal ehwal kewangan dan hutang ketika berkerja dulu. Dia lulusan dalam bidang itu.

Tapi, aku sebenarnya tidak suka isteriku berkerja. Lebih baik duduk rumah dan besarkan badan. Berkerja pun, kami tidak juga kaya. Hutangku masih bertimbun. Jadi tahun 2005, dia berpencen terus. Ibu mertuaku selalu bising-bising kerana anaknya belajar tinggi-tinggi di dua buah universiti, tetapi tidak berkerja. Tapi kami selalu buat 'donno'.

Tidak berkerja pun tidak mengapalah, janji hidupku bahagia. Kalau dia berkerja, tentu aku sibuk. Menghantarnya kerja dan ambil kerja. Bagaimana kata-kata kawan yang suka minum teh dengan aku kalau aku tidak ada masa untuk mereka.

Sekarang ini, isteriku mencipta hal yang baru pula. Hal masak memasak. Aku rasa, dia isteriku memang pertama dalam hal memasak. Dia boleh mencipta makanan baru. Cuma sayangnya, aku tidaklah pemakan. Aku boleh bertahan dengan hanya makan sehari sekali. Juga boleh bersarapan pagi jam 3 petang. Jadi aku tidaklah seorang yang akan memuji masakan isteriku.

Kerana kami berbezalah, kami boleh hidup dengan bahagia. Bukankah ketidaksempurnaan dan perbezaan itu melengkapkan hidup manusia?

Selamat hari jadi isteriku.

Aku tidak belikan apa-apa hadiah untuk isteriku. Aku tidak ada banyak wang seperti orang lain.

Sejujurnya aku sudah terlupa tarikh lahirnya. Tadi, jam 4 pagi baru aku ingat ini hari jadinya. Dia sudah lama lena. Aku pula masih sibuk di komputer. Sebenarnya, aku pun sudah terlupa sudah berapa kali aku terlupa hari jadi isteriku.

Selamat hari jadi isteriku.

Apa yang harus aku hadiahkan untukmu? Mahu sebotol madu lebah muda dari Australia?

Pagi ini, aku buka email. Kertasku tidak ditolak. Penilai gembira. Tetapi mereka mahu sedikit pembetulan.

Aku rasa itulah hadiah hari jadi untuk isteriku tahun ini. Aku tidak mahu membilang umurmu, kerana ia akan menyebabkan kita terasa semakin tua.

Selamat hari jadi darling!

Sebab itulah aku tidak pernah panggil sayang.

9 comments:

mulan said...

Datuk K kalau baca ur posting ...stress tahap gaban nih...dia kena ambik kursus "pengurusan isteri at minimum cost"...dia bole pilih la nak p kursus kat Adelaide or kat Perth...wakakaka...

mala said...

happy birthday to teh 1st lady.

assayuti said...

Usia berlalu, dugaan baru di masa depan lebih besar dan jauh.

Moga jadi pasangan soleh-solehah, melengkapi each other...

ihsan_huhu said...

hepi besday kpd akak. kl abg awang xnk makan sound je sini, ramai yg nk tolong makankan

Anonymous said...

bro, bukankah darling kau lahir bulan jan.....bro.kalau betul aku nak ucapkan....selamat hari lahir pada darling hang tu.aku budak minang salisbury east

Anonymous said...

bro betul ke hari jadi darling hang bulan ni....bro.kalau betul aku nak ucapkan selamat hari jadi kat darling kau tu.den budak minang salisbury east

ainishamsi said...

happy birthday kak aishah! blk malaysia jgn lupa buat makan2. haha

n congrats abg awang! paper diterima.. tu maksudnya, tak lama lagi boleh pulg ke tanah air. huhu

Anonymous said...

Selamat Hari Lahir Kak Aisyah.

Regards,
Ex-Lobethal 2008

ajaq said...

semoga diberkat umur mu.....

kata ahli psikologi tidak memangil sayang pada isteri adalah kerana.....ko carilah sendiri..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails