Yang Ikut

Saturday, 19 February 2011

Orang yang kalah tidak akan menang

Reactions: 
Berapa kali anda putus asa dalam hidup? Setiap kali anda mencuba, tentu sahaja ada halangan yang datang. Anda cuba untuk mendapat markah yang baik, dan belajar bersungguh-sungguh, tetapi rupanya anda masih gagal juga. Orang lain yang tidak kuat berusaha lebih baik dari anda.

Anda ada matlamat tersendiri dalam perkerjaan. Anda ingin menjadi terbaik. Malangnya, di tempat kerja anda, banyak sangat politiking. Mereka naik dengan cara menjatuhkan orang lain. Bukan sahaja teman sekerja anda yang suka bermain politik pejabat, ketua anda juga sepertinya sedang bermain dengan politik. Mereka sepertinya sedang berkata sesuatu mengenai anda. Ini menjadikan anda berasa bosan dan kecewa.

Anda ingin memiliki seseorang yang pada pandangan anda memiliki ciri yang anda harapkan. Berkali-kali anda cuba mencari kesempatan untuk memulakan langkah anda, tetapi ada sahaja halangan. Ada orang lain yang sedang melakukan usaha yang sama. Orang yang anda idamkan itu juga sepertinya tidak mahu melayan anda.

Jangan kecewa. Vince Lombardi pernah berkata, “Winners never quit, and quitters never win.”

Inilah kalimat agung yang patut ada dalam jiwa anda. Kalau anda rajin, ada buku yang ditulis oleh anak Vince Lombardi ini yang dijual di Konukuniya yang memuatkan kata-kata untuk menjadi pemenang. Ada juga filem mengenai Vince Lombardi ini - bagaimana seorang jurulatih bolasepak Amerika ini mampu mengubah nasib pasukannya.

Anda tidak patut berasa kecewa atau patah hati kalau gagal. Setiap hari, orang yang gagal sama banyaknya dengan orang yang berjaya. Kegagalan yang menyebabkan kita menarik diri - tidak akan memungkinkan kita menjadi orang yang berjaya. Kita akan menjadi manusia yang gagal buat selama-lamanya.

Dalam organisasi yang terlalu politiking - kita akan mengalah kalau tersalah cara bermain. Nanti kita bincang bagaimana kita patut memanipulasi semua keadaan itu.

Kita tidak akan mengalah, kerana mengalah tidak akan menjadikan kita pemenang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails