Yang Ikut

Wednesday, 23 February 2011

Idealisme anak muda

Reactions: 
Suasana politik kampus di Malaysia tahun ini - ada sedikit kelainan, termasuk pelbagai isu kekecohan seperti yang dilaporkan di media.

Anak muda - adalah dunia idealisme. Tapi ingat, idealisme adakalanya hanya fatamorgana. Ia bukan realiti. Ia tidak sama dengan dunia nyata yang lebih keras dan menakutkan.

Dunia anak muda di mana-mana sahaja sama sahaja. Ia berkisar soal idealisme. Kita sangat suka hal idealisme, tapi ingat - idealisme juga sesekali adalah racun pahit.

Di luar negara, mungkin tidak ada suasana politik kampus yang seriuh di Malaysia. Ia biasa sahaja, walaupun suasana politik di luarnya sangat matang. Di Malaysia, tatkala kita gelisah membaca berita politik negara, kita juga sebenarnya resah membaca politik kampus.

Bagaimana pun, seperti biasa - di negara yang tidak menghasilkan buku sains politik, kita menghasilkan banyak manusia yang berpolitik - sama ada di kampus atau di luarnya. Sama ada ia hal yang matang atau tidak, itu cerita lain.

Tetapi ingat anak muda - idealisme hanya tertulis dalam buku teks. Ia tidak mungkin mampu dilaksana di dunia nyata.

Dalam dunia nyata - tanpa makanan yang cukup dan rumah yang selamat - idealisme hanyalah satu mimpi yang tidak bakal digapai.

Siapakah di balik tabir semua ini?

Orang dewasa yang sedang melakar politik yang kacau? Politikus yang saban hari menggelisahkan korpus minda kita?

Tolong - jangan gelisahkan otak aku untuk membaca dunia kamu anak muda! Aku sudah lama gelisah membaca berita politik orang dewasa yang kian lama kian membosankan.

3 comments:

mangkuk statik said...

UM PAS menang!
TAkbirrrr!!!
Saudara fakir fikir mungkin kene beli jubah dan pakai serban selepas ini supaya mesra alam dengan student2 anda.
Janggut lu sudah ada. Beres!

Ibnu Mutalib said...

heheh... entahlah.
kalau tak terlibat politik kira mentally abnormal juga ke?

ihsan_huhu said...

kemenaga 11 calon ProM dibatalkan. ok r, jom layan berita buntut saiful dah la.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails