Yang Ikut

Monday, 28 February 2011

Fenomena pelik, atau kita yang pelik?

Reactions: 
Fenomena pelik, atau kita yang pelik?

Entah mengapa, Kepala Batas sering menjadi lokasi fenomena aneh. Beberapa tahun dulu, ada pokok pinang yang mempunyai pelepah muka manusia. Yang terbaru, pokok petai mengeluarkan air mata. Seperti biasa, kedua-dua fenomena ganjil ini akan menjadi perhatian manusia.

Banyak lagi fenomena pelik yang sedang membuatkan kita menjadi begitu kagum. Setahun dulu, ada kisah sejadah sembahyang. Di Kuala Terengganu, mereka sedang sibuk ingin mengadakan pameran hantu.

Apabila anak lari dari rumah, kita katakan mereka dilarikan hantu. Kita tidak mampu berfikir secara rasional kerana minda kita tidak disuapkan dengan pengetahuan dan kemahiran ilmu.

Apakah yang sedang melanda masyarakat kita. Fenomena pelik, atau kita yang pelik?

Selagi mana masyarakat kita tidak berminat membaca buku atau berfikir secara rasional, maka selama itulah kita akan menjadi manusia pelik melihat fenomena alam.

Sebab itulah kini, filem hantu dan puaka banyak menghiasi stesen televisyen dan wayang. Pembikin filem tahu - itulah tema terbaik mendapatkan untung. Mereka tahu, sejauh itulah tahap pemikiran masyarakat kita.

Kasihan kita.

Kita menjadi manusia pelik di sebalik tabir alam yang tidak pelik.

2 comments:

Anonymous said...

Tengok movie hantu 1 family pulak tu...
Umat akhir zaman lebih takut hantu daripada Allah!
Nak salahkan sapa?
Peminpin, pembikin filem, penyiar filem, mak bapak?


SR, rawang

aisyasadan said...

Saya sendiri pelik kenapa masyarakat kita suka menonton rancangan pelik ini. Sampai sekarang saya masih tidak terpikat dengan cerita-cerita hantu Malaysia (kecuali yang lawak seperti Zombi Kampung Pisang - untuk sekadar hiburan gelak ketawa). Hurm. Pelik-pelik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails