Yang Ikut

Thursday, 24 February 2011

Autism - hal yang patut anda tahu

Reactions: 
Topik kali ini, autisme.

Apakah autisme? Ketika melihat anak-anak bermain, ada ketikanya ada sesetengah kanak-kanak berada dalam dunianya sendiri. Mereka gagal bercampur dan bermain riang seperti anak-anak yang lain. Tanda yang mungkin mudah dilihat ialah gelagat mereka yang sangat cepat mengamuk, dan kebanyakannya ada masalah pertuturan.

Misalnya, pada umur anak-anak tertentu, mereka sepatutnya sudah boleh bercakap - tetapi mereka tidak. Apabila berbual, mereka tidak mahu merenung mata kita - itu pun antara tandanya. Mereka boleh mengajuk patah perkataan, tetapi tidak semestinya mereka tahu maknanya.

Mereka juga bermain dengan cara yang janggal. Mereka seolah-olahnya sedang bermain dalam dunianya sendiri. Ada ketikanya, mereka juga sangat 'hyperactive'.

Autisme bukanlah penyakit yang berjangkit. Tetapi ia banyak berkait dengan personaliti. Di usia dewasa, mereka ini pula mempunyai hubungkait dengan pesakit schizophrenia dan kemurungan. Ia juga mempunyai pelbagai jenis, bergantung kepada sifatnya. Kita tidak bincang dalam topik ini.

Walaupun dikatakan ia tidak boleh diubati, tetapi pengetahuan awal ibu bapa mampu memberikan mereka harapan yang lain. Mereka patut didedahkan dengan spesikasi keupayaan tertentu.

Dalam dunia ini - autisme ujud dalam semua budaya. Tidak orang tahu apa puncanya. Di UK, kira-kira setengah juta orang mengalami autisme. Bagaimana pun, asalkan mereka ada keupayaan intelektual - mereka boleh menjadi manusia yang sangat berjaya. Keupayaan mereka ini pula sangat spesifik sifatnya, selalunya dalam bidang sains. Sebab itulah, ibu bapa perlu mengesan simptom ini lebih awal, agar mereka dapat dihantar ke sekolah khas yang boleh mengubah tingkahlaku dan keupayaan mereka. Kalau dibiarkan bersama dengan anak-anak normal, ia akan menyusahkan kaedah pembelajaran yang menyebabkan mereka ketinggalan.

Dalam matematik - kajian menunjukkan keupayaan mereka ini umumnya pada tahap bawah purata. Bagi mereka yang hanya mempunyai simptom autisme sederhana, mereka berupaya dalam matematik. Bagaimana pun, mereka sukar dalam banyak subjek lain. Mereka juga selalunya sukar dalam hal temuduga.

Bagaimana pun, ada kes kecil - kumpulan ini juga ialah 'mathematic gifted'. Ia seperti yang dilakonkan oleh Dustin Hoffman dalam Rain Man. Sungguhpun begitu, ia kes yang sangat jarang. Ia sebenarnya juga adalah disebabkan kesalahfahaman kerana orang selalu beranggapan bahawa anak-anak autisme ini manusia yang genius. Ingat, ia hanya sedikit. Ini pun kalau mereka ini tergolong dalam autime Asperger. (Nanti kita kuliah perbezaan jenis autism ini)

Hakikat yang perlu diketahui, majoriti daripada anak-anak ini - kalau tidak dirawat lebih awal, akan mengalami masalah ketika dewasa.

Sebab itu - ibu bapa perlu cenderung untuk memerhatikan anak-anak mereka. Kalau dilihat anak-anak kita seperti dalam 'dunianya' sendiri, gagal berkomunikasi dan mempunyai tingkahlaku yang agak di luar kelakuan normal kanak-kanak - bawalah berjumpa pakar. Jangan anggap ia hal normal. Ia boleh dirawat - dengan pendidikan dan terapi khas tertentu. Asalkan kita menyedari hal ini terlebih awal.

Tidak ada salahnya mempunyai anak-anak autism. Yang salahnya ialah kita yang selalu melihat semua perkara sebagai normal - kerana kononnya anak orang lain boleh dilanda autism dan bukan anak kita. Jangan anggap juga kerana tidak ada keturunan kita yang terkena, atau kita mempunyai pendidikan yang baik - anak kita tidak terkena.

Autism tidak ada kena mengena dengan keturunan. Tidak ada siapa yang tahu puncanya.

6 comments:

muhammad syukri said...

otaku (peminat fanatik yang terdapat di Jepun) pula, bagaimana, abang?

ihsan_huhu said...

lambat pikap juga merupakan simtom2 autism.

commonly detected among girls. xcaye boleh try.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nice post ..i like...

ajaq said...

penyakit keturunan kot..

Syahida said...

salam, anak sy autisme. saya sangat setuju dgn statement ni "Hakikat yang perlu diketahui, majoriti daripada anak-anak ini - kalau tidak dirawat lebih awal, akan mengalami masalah ketika dewasa".

Lebih cepat beri pendedahan/program intervensi kpd anak2 autisme ni, lebih baik.

Mereka ni ada byk potensi. Cuma orang2 yg tak tahu/tak faham selalu downgrade mereka dan x bagi peluang...mentaliti ni patut diubah.

FakirFikir said...

Salam Pn Syhaida. I have your blog. Untuk mereka yang ingin tahu hal autisme, blh membaca blog beliau. Ia pengalaman beliau sendiri, yang banyak perkara mungkin tidak ditulis dalam buku.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails