Yang Ikut

Wednesday, 26 January 2011

Aku sedang menulis novel!

Reactions: 
Sudah banyak hari aku tidak menulis. Tidak banyak berita untuk dikhabarkan. Tidak banyak isu untuk dimanipulasi. Selain sibuknya melakukan kerja-kerja akademik - yang kian hari semakin membosankan - aku melakukan hal yang lain.

Sebenarnya aku sedang cuba menulis novel. Sudah beberapa muka surat telah aku siapkan. Ia bukan novel cinta. Ia cerita kehidupan manusia. Mungkin ada sedikit sebanyak berkisar hal-hal psikologi. Aku harap aku mampu menyiapkannya. Tidak laku pun tidak mengapa. Terbengkalai projek novel pun tidaklah seteruk kisah tidak siap PhD.

Aku menjadi manusia dungu berlari di balik bayang-bayang mengekorimu
. Kalau hidup ini tidak melukakan, tidak aku tahu indahnya persahabatan. Tidak aku memilih untuk derita, tetapi derita itulah teman mimpiku. Yang terindah ialah yang tertinggal - aku yakini itu.

Itu sebahagian dari ayat yang sudah siap. Mungkin sinopsis tema dan jalan cerita. Tunggulah. Mungkin setahun lagi. Kalau kita tidak mulakan sesuatu, tidak ada apa yang akan terjadi.

5 comments:

ajaq said...

hang bg siap Phd dulu bro..jgn berangan!

alien said...

dah siap sok habaq mai tau

salmi said...

go Tuan, PhD dah nak siap. Tahun depan boleh cari publisher untuk novel pulak.

ihsan_huhu said...

dh siap boleh buat drama. nk carik watak hero jangan lupe kontek aku

alfindani said...

Baca sinopsis saja dah buatkan rasa tak sabaq2 nak baca! :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails