Yang Ikut

Wednesday, 30 June 2010

Salah tanggap terhadap universiti

5 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Aku merujuk kepada satu catatan yang seolah-olahnya cuba menganggap bahawa UiTM bukanlah universiti yang bagus, seperti yang diceritakan di satu laman. Lebih buruk, mereka mengatakan UiTM universiti sampah. Pastilah, orang yang mengeluarkan komen seumpama itu, kalau disemak latarbelakangnya tidak ada satu jurnal pun yang pernah ditulis.

Sigmund Frued sekali pernah berkata - orang yang baik akan menilai orang lain sebagai baik. Orang yang teruk akan menilai orang lain sebagai teruk. Anda perlu ingat kata-kata ini.

Beginilah - biar aku berkhutbah hal pendidikan. Sebenarnya di mana sekalipun kita belajar, universiti hanya menyediakan prasarana sahaja. Baik atau buruk, bijak atau bodoh, tidak ditentukan oleh universiti. Ia ditentukan oleh manusia itu sendiri. Belajar di universiti hebat sekalipun, tanpa menulis jurnal, tanpa pencapaian akademik - seseorang itu tidak perlu merasa dirinya besar. Belajar di universiti yang besar, tanpa sepatah pun membaca buku, tidak akan memberikan apa-apa makna.

Ia tidak lebih dari seekor harimau di dalam zoo yang tidak tahu menerkam. Sekalipun hidup di dalam zoo yang ternama, tidak tahu menerkam tidak menjadikan harimau sebagai harimau. Ia mungkin unta atau anak kaldai sahaja.

Jadi - untuk setiap yang bernama pelajar, berhati-hatilah. Jangan terlalu berbangga dengan 'nama' universiti anda, kalau anda sendiri tidak memiliki apa-apa.

Salah tanggap terhadap universiti kian menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Kita cuba membezakan di antara satu universiti dengan universiti lain. Ia bukan sekadar berlaku di kalangan orang awam, ahli akademik juga turut terseret sama. Dunia hari ini, kita begitu terpengaruh dengan sistem ranking THES. Seolah-olahnya universiti yang rankingnya bagus, juga mempunyai pelajar yang bagus.

Orang mungkin terlupa - sistem pemarkatan THES itu sendiri masih diragui. Ia hanya dijadikan benchmark bagi menjual populariti universiti Barat. Yang pada akhirnya, akan menjadikan pendidikan sebagai ladang pelaburan baru. Mengapa aku katakan begitu? Tidak pernah sekalipun Universiti Al-Azhar berada dalam ranking itu. Adakah ini menunjukkan ia sebagai universiti tidak bagus? Banyak lagi universiti hebat di dunia di Amerika Latin khususnya, tidak juga tersenarai dalam THES itu.

Puncanya ialah kerana kebanyakan universiti ini tidak menghasilkan penerbitan atau laporan dalam bahasa Inggeris. Justeru penilaian itu dibuat dari kacamata Barat, maka mereka hanya menggunakan tanda aras 'Barat' bagi menilai universiti lain sebagai baik atau buruk.

Satu waktu dulu - tahun 1999 - ketika aku di Bangladesh, seorang Professor bertanya kepada siswanya, "Adakah orang akan bertanya berapa meja kuliah atau papan hitam yang universiti anda miliki ketika ditemuduga? Tidak, mereka akan hanya bertanya sejauh mana pengetahuan anda".

Di Australia - University South Australia mungkin tidak berada setaraf dengan Universiti Adelaide dari segi ranking dunia. Bagaimana pun, tidak ada sesiapa pun yang bertanya. Malah, pelajarnya tidak kisah pun berkongsi prasarana di antara kedua-dua universiti bersebelahan itu. Pensyarahnya juga saling bertukar tempat kerja. Sama ada ke Universiti Adelaide, atau ke Universiti of South Australia. Adakah mereka ini peduli dengan ranking dunia?

Jadi - apabila orang awam dari negara dunia ketiga mula mengkategorikan ada universiti yang baik, dan ada universiti yang tidak, ini akan merosakkan institusi pendidikan itu sendiri. Sedangkan semua universiti itu ditubuhkan pihak pemerintah. Skim gaji pengajar dan kakitangannya juga sama. Kelayakannya juga sama. Yang berbeza hanyalah siapa yang dibangunkan dahulu. Itu sahaja.

Berbalik kepada isu - adakah UiTM bukan universiti yang baik? Aku sesekali tidak pernah percayakan 'ilusi palsu' itu.

Aku bukan graduan UiTM. Tapi, sepanjang aku menemuduga dan berkerja, aku dapati kebanyakan lulusan UiTM ialah manusia yang hebat. Mereka rajin. Mereka fasih bahasa Inggeris. Mereka komited. Tidak ada satu pun kelemahan yang membolehkan kita menolak mereka semasa temuduga, atau menyebabkan mereka tidak dinaikkan pangkat.

Sebab itu - sampai sekarang aku tidak akan percaya kalau ada orang berkata graduan UiTM tidak bagus. Orang yang berkata begitu mungkin kerana terpesona dengan mitos "Melayu lemah', dan ini menjadikan UiTM turut terkait sama.

Tuesday, 29 June 2010

Fikiran kusut, jiwa kacau

1 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Kalau orang tanya, apa perasaan aku sekarang setelah hampir 3 tahun di Adelaide - jawapan yang paling jujur, - takut dan risau.

Kadang-kadang terbawa ke mimpi. Kadang-kadang terasa seperti hendak memekik di tengah malam. Selalu juga aku terkejut terjaga di tengah malam. Sebetulnya, ini seperti simptom orang dilanda depression - kemurungan.

Apa yang aku takutkan? Banyak. Satunya hutang yang bertimbun kalau PhD tidak menjadi. Keduanya takut datang kosong, balik nihil. Tidak ada apa-apa. Kalau dalam tempoh 3 tahun ini, aku duduk di Malaysia, kerja di sana sini, tentu aku tidak menghimpun hutang. Kalaupun aku tak menghimpun wang juga.

Lagi apa? Banyak. Masa yang habis tak akan berganti lagi.

Sebab itu mungkin kita boleh lihat ada orang yang mengaji PhD mukanya ada yang lain macam. Ada yang berjalan seperti tidak melihat pohon. Bercakap, tetapi fikirannya mungkin berada pada tempat yang lain. Ada yang tidak bercampur dengan manusia. Ada yang pergi pagi pulang malam. Ada yang malam ke pagi tak balik ke rumah lagi.

Semua ini cerita balik tabir orang buat PhD.

Aku mungkin tidak termasuk dalam kategori itu. Tetapi, dalam hati aku, siapa yang tahu. Tidak ada sesiapa yang tahu. Isteri kita yang memandang wajah kita setiap hari pun tidak tahu apa yang berlegar dalam fikiran kita.

Kadang-kadang, kita berasa apa yang ditulis sudah betul, supervisor pula tidak setuju. Kadang-kadang, supervisor sudah bagi lampu hijau, penilai pula tak puas hati. Kadang-kadang, kita tidak puas hati. Supervisor minta jalan juga.

Semua ini adalah cerita kacau.


PhD - fikiran kusut, jiwa kacau.

Pada akhirnya - kita hanya mampu berdoa.

Berita pagi

3 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Lusa aku akan berangkat ke Darwin. Untuk menjimatkan kos kapalterbang, aku ikut trip panjang. Adelaide --> Melbourne --> Darwin. Bermalam sehari di Melbourne.

Apa ada di Darwin? Aku tidak begitu tahu. Yang aku diberitahu, jangan mandi laut di Darwin. Itu tempat buaya air masin. Pasti tiada salji di sana. Cuacanya mirip Malaysia. Di mana aku menginap. Belum tahu lagi. Nanti sampai, aku fikir. Tempat menginap tentu banyak. Yang tidak banyak hanya duit.

10 haribulan, aku berangkat balik ke Melbourne. Apa ada di Melbourne? Banyak. Orang Melayu pun banyak. Kawan-kawan pun mungkin banyak. Kedai makan pun banyak.

Tapi - sekarang ini musim salji. Jadi, inilah waktunya aku hendak berfoya-foya. Isteri, anak dan beberapa orang lain akan ke Melbourne ikut jalan darat pada 10 hb itu. Ikut rencananya akan ke Mount Buller selama dua hari. Balik ikut jalan kesukaan yang meletihkan, Great Ocean Road.

Kalau ada masa, nanti aku update berita seputar Darwin, Melbourne, Mount Buller dan Great Ocean Road.

Monday, 28 June 2010

Bagaimana aku melihat aku?

3 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Setelah berusia 38 tahun ini - kalau orang bertanya aku bagaimana aku melihat diri sendiri, sama ada aku melihat diri aku sebagai sudah tua, atau masih muda, aku sendiri sebenarnya tidak begitu jelas.

Setiap kali pulang ke kampung, ada juga aku lihat orang yang sebaya aku yang perwatakannya sebagai sangat tua. Cara mereka berpakaian, berjalan dan bercakap seolah-olahnya mereka terlebih tua dari aku. Mereka menampilkan imej yang sangat 'belia', menjadikan aku sendiri merasakan perlu memanggil mereka dengan pakcik. Mereka berbual dengan hal yang sangat sukar aku fahami. Mereka berbicara hal perniagaan jutaan ringgit. Berbincang hal pelaburan dan perniagaan baru. Ini menjadikan aku terasa seperti budak baru tamat sekolah.

Ada pula - yang mungkin kerana dengan beban pekerjaan, memperlihatkan fizikal yang sangat tua. Mereka ini mungkin sudah tidak ada sepuntung dua gigi depan. Rambut mereka pula sudah penuh dengan uban. Mereka menceritakan permasalahan hidup, dengan beban hutang dan segala macam. Ini menjadikan cerita mereka sangat sedih untuk didengar. Sepertinya, mereka ini akan mati sehari dua lagi. Sedangkan, aku masih belum pun tumbuh uban di kepala.

Bagaimana aku melihat aku sendiri? Ini tentu hal yang sangat payah bagi manusia. Ini telah aku cerita dalam topik Johary Window yang tidak memungkinkan kita melihat diri kita sendiri. Aku tidak pasti bagaimana orang lain melihat aku? Mungkin ada yang melihat aku sebagai orang tua. Ada pula yang mungkin melihat aku sebagai masih muda. Tetapi - aku sendiri tidak pasti sama ada aku patut mengkelaskan aku sebagai anak muda atau orang tua.

Bagi aku - muda atau tua hanya angka sahaja. Muda dan tua adalah pemikiran. Aku mungkin masih boleh bertegur sapa dengan anak muda atau minum kopi bersama mereka. Ada hal yang masih boleh aku kongsi, ada hal yang tidak.

Untuk menonton wayang atau berjalan-jalan menyambut tahun baru bersama dengan anak muda, ia mungkin sudah menjadi hal mustahil bagi aku. Walaupun satu waktu dulu aku terasa sangat suka dengan hal itu. Apatah lagi kalau diajak masuk ke kedai 'mesin kuda'. 20 tahun dulu mungkin aku boleh melihat orang bermain mesin kuda. Sekarang ini, melihat papan tanda "kedai permainan video' pun aku rasa semacam pelik.

Bagaimana pun - kalau ada anak muda yang menjemput aku bercerita tentang kehidupan orang muda, aku mungkin tidak ada masalah. Aku boleh bercerita banyak hal. Aku boleh berborak tentang pengurusan atau psikologi. Aku juga masih lagi boleh menceritakan 'trick' untuk meniru di dalam peperiksaan.

Sesekali aku juga boleh memberitahu kumpulan kesukaan aku - sama ada ianya Manowar, Gun N Roses, Oasis atau Nirwana. Ini menjadikan aku tidak pula cukup tua - sebagaimana teman-teman aku yang kian dimamah masa.

Jadi - aku ini apa? Aku mungkin sudah tua tetapi masih belum sedar diri. Atau aku juga sebenarnya masih muda tetapi ingin melakonkan watak orang tua.

Atau - umur hanya sekadar angka. Orang yang lebih berumur dari aku melihat aku sebagai anak muda. Orang yang lebih muda melihat aku sebagai seorang pakcik.

Sunday, 27 June 2010

Siti Nurbaya II: Ini hakikatnya

0 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Siti Nurbaya tidak begitu gembira dengan keputusan ini.

Katanya - cinta tidak akan indah tanpa halangan. Cinta tanpa pengorbanan bukanlah cinta. Cinta perlukan halangan dan pengorbanan. Itulah yang menjadikan Laila dan Majnun epik cinta yang hebat.

Siti Nurbaya tahu - dalam zaman moden ini, wanita tidak kisah lagi mengahwini lelaki tua sekalipun. Lelaki yang muda banyak yang sudah ditimpa petaka. Ada yang menagih, ada yang mati berlumba di jalanraya. Banyak yang tidak mahu berkerja. Hidup hanya berfoya-foya.

Lebih baik memilih lelaki tua. Lelaki tua suaranya tidak lagi kuat. Kalau marah pun tidak kedengaran. Lelaki tua juga sedikit sebanyak ada wang simpanan. Kalau tiba-tiba diambil nyawa oleh Tuhan, ada sedikit saki baki wang untuk hidup.


Siti Nurbaya gadis yang rajin. Dia rajin membaca. Dia tahu statistik gadis yang tidak berpeluang untuk berkahwin seumur hidup. Dia juga tahu nisbah lelaki dan wanita. Jadi, Siti Nurbaya rasa dia tidak membuat keputusan yang salah.

Dia tahu - dia perlu menentang arus. Dia tahu, dalam hidup yang keras ini, dia perlu berani. Berani tidak semestinya berperang di perbukitan. Berani juga ialah keberanian membuat keputusan. Memilih untuk mengahwini suami orang lain adalah keberanian. Memilih untuk berebut dengan suami orang lain bukanlah satu dosa, tetapi satu keperluan.

Mencintai suami orang tidak bakal menghilangkan cinta suami kepada isteri tuanya. Cinta bukanlah sesuatu yang bersifat fizikal. Ia hanyalah cahaya yang boleh menyinari semua manusia.


Siapa Siti Nurbaya? Siti Nurbaya adalah simbol kehidupan anak gadis zaman sekarang. Siti Nurbaya adalah watak yang tidak ujud. Dia tidak ada kena mengena dengan aku. Dia hanya watak bagi mengisahkan realiti masyarakat hari ini.

Siti Nurbaya yang asal ada dalam novel
ini. Kalau berpeluang, anda patut membacanya.

Siti Nurbaya: Cinta itu tidak indah

4 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Indahkah kalau bercinta lagi? Ini untuk orang separuh umur sepertiku.

Tatkala aku sedang makan dengan penuh sopan bersama Siti Nurbaya di Restoran Insaf di Jalan Tuanku Abdul Rahman, tiba-tiba isteri aku telefon meminta aku belikan ikan kembung, daun silom dan seikat serai. Katanya dia mahu masakkan aku asam pedas kesukaanku. Dan aku harus makan bersamanya dan anak. Apa yang aku harus beritahu isteriku?

Tatkala aku dan Siti Nurbaya sedang menonton filem cinta Adnan Sempit - tiba-tiba baru aku teringat yang tadi isteriku minta aku belikan siri drama Korea terbaru dari Komplek Kotaraya. Kedai akan ditutup jam 5 petang, tetapi wayang pula hanya habis jam 7 petang. Apa yang harus aku pilih? Menghabiskan tontonan filem, dan melupakan pesan isteriku. Atau membelikan cd drama Korea dan membiarkan Siti Nurbaya terluka?

Sedang aku berpegang tangan lembut Siti Nurbaya dan bersiar-siar di Taman Tasik Titiwangsa, memerhatikan pasangan itik angsa memberikan makan anaknya, tiba-tiba ada anak kecil, teman anakku menyapa. 'Pakcik, makcik mana? Mengapa tak bawa Luqman sekali?" Waktu itu tentu aku tidak tahu apa yang harus aku jawab.

Aku tentu tidak boleh melupakan tangan lembut Siti Nurbaya. Aku juga tidak boleh melupakan tangan isteriku yang kian lama kian kasar menjaga anak dan memasak. Tangannya juga kasar kerana sibuk dengan rumahtangga. 20 tahun dulu, tangannya juga lembut seperti Siti Nurbaya juga. Aku tidak boleh membandingkan tangan lembut Siti Nurbaya dengan tangan isteriku. 10 tahun lagi, tangan Siti Nurbaya juga tidak lembut lagi.

Sekian lama - akhirnya Siti Nurbaya tahu bahawa aku sudah ada isteri. Dia tentu tidak kisah. Kerana cintanya denganku, dia sanggup merentas lautan api. Dia begitu setia denganku. Dia memilihku seadanya.

Tatkala aku sedang dalam proses untuk menikah di Golok - isteriku tiba-tiba telefon. "Abang di mana ni. Cepat balik. Kereta mati tengah jalan ni'. Apa yang harus aku buat. Aku tidak boleh melukakan hati Siti Nurbaya. Aku juga tidak boleh membiarkan isteriku merana di tengah jalan.

Aku juga tentu tidak sanggup berhadapan dengan ibu dan bapa mertuaku. Tatkala aku meminang anaknya dulu, aku dengan penuh sopan dan mesra. Pijak semut pun tidak mati. Sekarang ini, aku sedang melukakan hati anak mereka. Aku juga sedang menipu mereka juga.

Setelah kisahku berkahwin di Golok tersiar di media - isteriku tahu segala-galanya. Airmatanya sedang menjadi lautan. Api cintanya kian menjadi dendam kemarahan.

Apa lagi yang harus aku lakukan?

Siti Nurbaya memang cantik. Tetapi dia tidak pandai memasak asam pedas. Aku tidak boleh hidup tanpa asam pedas. Kalau aku pulang ke rumah, aku tidak mampu melihat air mata isteriku.

Kalau aku tidak pulang, aku tidak boleh kalau sehari tidak merenung muka anakku. Aku perlu bergusti dengan anakku setiap hari. Siti Nurbaya memang cantik. Tetapi dia tidak memiliki apa yang sedang aku miliki.


Kalau begitu - maafkan aku Siti Nurbaya. Cinta ini tidak indah lagi untuk orang separuh umur sepertiku. Kita lupakanlah sahaja angan-angan kita. Kau carilah Kassim Baba - lelaki muda sebaya denganmu.

Saturday, 26 June 2010

Edisi khas hari ulangtahun

6 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Hari ini harijadi aku. Tidak perlulah aku rahsiakan umur aku. Aku bukan artis. Aku sekarang sudah 38 tahun. Aku lahir hari Selasa, jam 10.00 pagi. Kata emak - badan aku dulu kecil. Tak cukup zat gamaknya. Aku sepatutnya anak yang ke tujuh. Tapi dua orang lagi meninggal semasa kecil. Tapi, dengan takdir Allah - aku sempat survival sehingga ke umur 38 tahun.

Aku tidak begitu ingat apa yang berlaku dalam hidup aku semasa masih kecil. Yang aku ingat, aku selalu tidak memakai baju. Perut pun mungkin buncit. Mungkin buncit cacing. Dulu-dulu, aku selalu minum air sirap sahaja. Emak aku bancuh dalam botol susu. Kata emak, susu mahal. Sebenarnya bukan harga susu yang mahal - tetapi hidup kami susah. Itu realitinya.

Tapi aku membesar juga. Otak aku pun tak juga mandul. Di sekolah rendah dulu, aku selalu dapat hadiah. Aku rasa, sepanjang di sekolah rendah - aku tidak pernah dapat nombor lebih banyak dari tiga. Cuma sekali sahaja aku dapat nombor empat. Cuma di sekolah menengah, sebab aku masuk sekolah yang baik - tidak lagi aku merasa nombor baik itu.

Aku tidak dapat bayangkan - apa yang pembaca muda dapat bayangkan. Ia mungkin pelik bagi sesetengah orang. Di rumah aku - tidak ada sterika baju pun. Zaman itu - yang ada sterika mungkin orang berada. Itu pun sterika pakai arang kayu lagi. Untuk tampal lencana sekolah ke poket baju - emak aku panaskan tudung periuk. Kemudian tekan tudung periuk itu ke lencana baju. Baru melekat. Ia sama fungsi dengan sterika juga.

Rumah aku tidak ada elektrik. Cuma pakai pelita. Yang kaya sedikit pakai api gasoline. Itulah hebatnya hidup aku semasa kecil dulu.

Rumah aku hanya beratap rumbia. Lantainya dibuat dari batang pinang yang dibelah. Kita boleh nampak ayam yang berjalan-jalan di bawah rumah. Dindingnya pula dibuat dari buluh yang dianyam. Dapurnya masih pakai kayu api. Ada pelantar di bahagian belakang. Itulah tempat kita buang air kecil. Aku lihat ayah aku buat rumah waktu itu. Orang kaya waktu itu tidak banyak. Semuanya lebih kurang sahaja. Jadi - tidaklah hina sangat hidup kalau dibandingkan dengan realiti pada masa itu.

Televisyen juga tidak ada. Jadi apa hiburan kami. Aku pun tidak tahu apa yang menghiburkan sangat. Cuma setiap malam, ayah aku selalu mengajar muqaddam. Sangat garang dia. Dia bukanlah orang alim - bukan guru agama juga. Tetapi dia pandai tajwid. Segala huruf iqfak, izhar, iqlab dan mat asli kena hafal. Mungkin itulah hakikat orang zaman dulu. Sambil mengajar - dia menggertak dengan sebilah bulu landak. Aku sangat takut.

Sekali sekala - kami mengunjungi rumah orang kaya untuk menonton. Siri Combat dan BJ and The Bear antara yang terkenal waktu itu. Filem Melayu masih banyak berkisar dengan cerita pendekar - lakonan E.D Osmera atau Husin Abu Hassan. Filem Harimau Berantai antara yang masyur waktu itu. Semua ingin jadi hero.

Takdir ayah meninggal muda. Tahun 1980. Bulan Ogos kalau aku tidak silap. Abang aku pula yang menjadi ketua kami. Tetapi, tahun lepas dia juga pulang. Tak mengapalah. Masih ada empat adik beradik dalam keluarga kami. Kami menelesuri jalan panjang cerita keluarga.

Semasa kecil - tidak pernah aku berangan-angan akan sampai ke Adelaide. Aku pasti, emak aku juga tidak berangan-angan tinggi. Dia sekadar untuk melihat kami hidup sahaja. Itu kejayaan yang besar untuk emak aku. Kejayaan untuk abang aku juga. Sebelum datang ke Australia - waktu itu aku tidak begitu pasti lagi - aku ada beritahu emak yang aku mungkin akan luar negara lagi. Kali ini untuk sambung belajar. Emak aku semacam tidak begitu percaya sangat. Lagi pula - aku bukan kerja kerajaan. Siapa nak taja aku belajar.

Satu waktu dulu - ada seorang tua pegang jari aku. Dia lihat jari aku. Dia kata, 'jari ini tidak akan pegang cangkul'. Maksudnya - melihat kepada jari aku, aku tidak akan kerja kampung. Aku akan kerja makan gaji. Kerja di bandar. Mungkin takdir Tuhan - telahannya itu betul. Setakat hari ini. Hari mendatang tidak tahu lagi. Mungkin aku kena buang kerja. Aku berubah jadi pemandu lori atau tukang gunting rambut.

Sekarang - aku sudah 38 tahun. Aku hanya orang kampung sahaja. Jangan bimbang kalau ada sesiapa jumpa aku di mana-mana. Aku tidak pernah percaya perlu ada protokol dalam hidup. Aku semacam dulu juga. Tetap semacam itu. Semasa aku mengendalikan bengkel menghafal di sebuah sekolah, bekas guru aku kata - sebagaimana dia lihat aku dulu, seperti itulah dia lihat aku sekarang.Kalau di kampung, aku tetap tidak kisah tidak memakai baju sambil menaiki motor ke kedai. Aku tidak kisah kalau perlu meminta sebatang rokok dari pelajar semasa aku mengajar. Sebab bagi aku - hidup ini perlu ringkas sahaja. Kalau tidak, nanti cepat mati!

Itulah sebahagian cerita aku. Cuma setelah berusia 38 ini, isteri aku selalu bimbang aku akan kahwin lagi. Aku pun bimbang juga. Takut-takut aku jatuh cinta lagi.

Friday, 25 June 2010

Ada apa denganmu Ariel?

3 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Jumaat petang. Cuaca sejuk. Gelap awal. Siang lambat. Cuaca yang tidak memberikan motivasi. Itali kalah bola. Juara dunia tersungkur. Peranchis pulang awal. England nyaris tumbang. Siapa lagi yang bakal tinggal.

Aku gagahkan diri. Membuka komputer. Menaip artikel baru. Harapnya menjadi. Aku menaip dengan kelajuan maksimum. Sejak 5.15 petang tadi aku mula menaip. Sudah ada 757 patah perkataan. Aku harap dalam masa 3 hari ini, aku siapkan juga 10,000 patah perkataan. Jangan bimbang. Angan-anganku selalu tidak menjadi. Seperti angan-angan ingin berjumpa dengan Siti. Siti yang mana?

Ariel Peter Pan sudah ditahan polis. Gara-gara merakamkan aksi lucah dengan Luna Maya. Siapa Luna Maya? Aku tidak tahu. Aku tahu Ariel. Ini penyanyi kesukaan aku di Jakarta dulu. Lagu popularnya - Ada Apa Denganmu selalu berkumandang di Bandara (bandar udara) Sokarno Hatta. Kini orang mula bertanya - ada apa denganmu Ariel?

Ariel kelihatannya seperti tidak bermoral. Itu kata orang. Adakah ini bermakna kita orang baik?

Belum tentu lagi. Orang lain buruk, belum tentu membuktikan kita baik. Seperti melihat orang lain baik, belum juga tentu kita buruk. Ia perbandingan tidak setara. Kita seperti kita juga. Tidak bakal berubah sama ada orang lain itu baik atau buruk.

Itali kalah bola. Tidak semestinya pasukan Malaysia hebat bolasepak.

Ohh. Aku terlupa sesuatu. Esok hari jadi aku. Selamat hari jadi untuk aku yang ke-30 an. Masih muda kalau dibandingkan dengan orang yang lahir sebelum aku.

Wednesday, 23 June 2010

Dari Kodiang ke Kuala Lumpur

2 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Membaca berita ini, membuatkan aku gembira. Bukan kerana berita ini, tetapi berita kejadian ini berlaku di pekan aku - Changlun. Ia telah menjadikan secara tidak sengaja, nama Changlun terkenal ke persada dunia.

Keduanya, filem yang sedang dalam proses penggambaran itu - Dari Kodiang ke Kuala Lumpur - menjadikan pekan kecil tidak jauh dari Changlun bakal masuk dalam dunia glamoor. Kalaulah filem ini bakal dijemput ke Festival Filem Cannes, aku tentu akan lebih gembira. Tetapi mengapa kedengarannya tajuk filem ini sepertinya filem Hishamuddin Rais Dari Jemapoh ke Manchester sahaja?

Changlun dan Kodiang - kedua-duanya bandar kecil. Masyarakatnya mungkin tidak kenal dengan artis terkenal. Mereka mungkin tidak tahu bahawa pelakon itu sudah berkahwin. Mereka mungkin lebih tahu cerita wayang kulit Sri Asun - yang watak utamanya ialah Etong dan Nunui.

Sebaik berita ini, baru aku tersedar rupanya Changlun sudah ada hotel. Ini berita kejayaan pembangunan di pekan kecil kami. Mungkin aku tidak begitu perasan dengan kewujudan hotel itu. Ia bukan hotel 5 bintang. Bintang pun belum tentu ada.

Dahulu, jangan kata hotel - perkataan hostel pun orang jarang dengar. Jangan kata artis akan singgah, para penyamun paling ganas pun belum tentu berani berhenti. Itu cerita lewat tahun 70-an, ketika aku masih budak-budak.


Itulah Changlun. Itulah Kodiang.

Kedua-duanya pekan kecil yang menjadi tempat aku mengenal dunia. Satu hari nanti - akan aku bikin filem aku sendiri - Dari Changlun ke Adelaide!

Tuesday, 22 June 2010

Siapa ada cadangan?

2 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Banyak yang hendak ditulis.

Tidak banyak yang dapat ditulis.

Sesiapa yang ada cadangan - bagi memperbaiki blog ini - dari segi kandungannya, harap dapat berikan pandangan.

Apakah yang mesti aku tulis lagi, atau ada yang belum tertulis.

Pandangan yang bernas - akan diberikan perhatian.

Siapa yang cadangkan semua ini

1 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Cakap-cakap memindahkan bangunan Parlimen sedia ada ke tapak baru dengan belanja 800 juta ringgit tentulah sesuatu yang mengejutkan juga. Cakap-cakap ini muncul tatkala kita juga sedang diingatkan agar berbelanja lebih berhemah dan jangan banyak berboros.

Suara cadangan ini muncul pada masa kita sedang diberitahu bahawa negara akan muflis sekiranya subsidi terus dikekalkan. Proposal pembinaan bangunan Parlimen baru ini muncul setelah kita juga sedang dibisingkan dengan ura-ura pengenalan GST.

Cadangan siapakah sebenarnya semua ini? Seperti mana kita tidak tahu siapa yang mencadangkan agar diujudkan kouta 60:40 untuk pembangunan di Kampung Baru. Seperti mana juga ada orang yang bersuara bahawa Penjara Pudu bukanlah sesuatu yang bernilai sejarah. Semua ini membingungkan untuk kita rakyat jelata yang tidak arif dan sangat naif dalam hal pentadbiran negara.

Kalau orang bertanya - mana yang lebih utama, akan aku beritahu: 'membuka segala ruang demokrasi yang ada tentulah lebih besar maknanya dari membina sebuah bangunan Parlimen yang baru'.

Monday, 21 June 2010

Jam enam empat minit

0 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Jam baru 6.04 minit petang. Tapi suasananya seperti jam 12 malam. Di kampus pun tidak kelihatan sosok manusia lagi. Mungkin semuanya sudah balik ke rumah. Di pejabat ini, hanya aku dengan Dr Winwood di pejabat. Entah apa yang dia buat aku tidak tahu. Dia duduk di hujung sana, aku di hujung yang satu lagi.

Aku cuba menyiapkan juga tulisan aku malam ini. Jurnal aku yang ditolak itu, aku simpan dulu dalam peti. Semalam, supervisor aku telefon. Dia minta hantar ke satu jurnal lain. Katanya, kawan baiknya menjadi Ketua Editor di situ. Kalau aku masih ada banyak waktu, nanti aku cuba buka kembali jurnal terbaik - yang ditolak itu.

Jam baru 6.04 minit petang. Di Malaysia, di Jalan Tuanku Abdul Rahman tentu tengah sesak dengan manusia sekarang ini. Para peragut tentu sedang bersedia menunggu mangsa. Mereka tidak kira tua atau muda. Asalkan wanita. Di Jambatan Pulau Pinang - tempat indah aku di zaman muda di pertengahan tahun 90-an dulu -juga tentu sedang sibuk dengan mobil dan motor. Banyak paku di atas jambatan itu. Orang kita memang kaya dengan idea bisnis. Sebab itu gamaknya - kita bakal menjadi negara maju lebih cepat dari tahun 2020.

Jam 6.04 minit petang. Masa berubah. Dunia berubah.

Seminit lagi jarum jam bergerak ke depan - maksudnya usia hidup kita semakin berkurang.

Selamat malam semua. Kawan yang kenal. Kawan yang tidak kenal.

Sunday, 20 June 2010

Selamat tidur Penjara Pudu

2 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Sedih sekali mendengar berita, Penjara Pudu yang berusia 100 tahun - salah satu tinggalan sejarah yang menceritakan tamadun bangsa - akan dirobohkan. Memang benar, ia bukan tempat orang baik. Tetapi inilah tempat yang mengajar manusia untuk menjadi mulia. Sayangnya, kerana dunia hari ini - tidak ada sesiapa lagi yang sibuk untuk mempertahankan warisan, kita membiarkan Penjara Pudu dirobohkan begitu sahaja.

Semuanya kerana kita tidak lagi diasuh untuk sayangkan warisan budaya kita. Orang lebih rela mendengar pandangan ahli ekonomi yang menyusun rumus jutaan untung, dari mendengar sirah ahli sejarah bagaimana sesebuah bangsa itu jatuh. Tidak banyak negara yang bertindak seperti kita. Di Australia - rumah buruk yang ada nilai sejarah akan digazetkan sebagai bangunan warisan. Pemiliknya tetap boleh tinggal di dalamnya, tetapi tidak ada sesiapa yang boleh merubahnya. Apatah lagi merobohkannya.

Aku menemui banyak rumah seperti ini. Satunya di Melbourne Street di North Adelaide. Satu lagi hanya tinggalan rumah runtuh di atas Adelaide Hill di Warrawong. Ada juga sebuah rumah seperti ini di Innes National Park, York Peninsular.

Ikon sejarah lain - seperti tempat perhentian keretapi sekalipun tidak boleh dipinda atau dirubah sesuka hati. Semuanya ditinggalkan untuk menceritakan salur galur perjalanan bangsa.

Inikan pula penjara besar negara yang ada sejuta cerita manusia di dalamnya. Ia menceritakan bagaimana penjajah memenjarakan anak bangsa kita. Ia juga mencatatkan cerita kejam manusia. Tentu sahaja - sebagai penjara ia telah banyak menyelamatkan masyarakat di luarnya dengan mengurung manusia kejam dan tiada berbudi bahasa.

Sayang - bagi kita semua itu tidak ada makna. Penjara buruk seperti itu tidak akan setanding dengan gedung membeli belah atau hotel mewah yang membawa pulangan wang ringgit. Sayang, tidak ramai yang sedih dengan berita perobohan ini. Orang lebih kecewa kalau England bakal tewas dalam pertandingan seterusnya, dan bakal melenyapkan impian mengejar Piala Dunia. Tetapi orang tidak kisah pun penjara warisan penjajah Inggeris itu musnah begitu sahaja.

Apakah dosa Penjara Pudu? Dosanya bukan kerana pernah menjadi tempat menggantung manusia. Juga bukan kerana ia pernah mengurung penjenayah kejam. Dosanya ialah kerana ia letak di tengah bandar. Dosanya kerana ia tidak mendatangkan pulangan wang ringgit. Maka - kalau dulu ia menjadi tempat menghukum manusia - kini Penjara Pudu sedang dihukum.

Apa salahnya kalau kita kekalkan ia sebagai warisan sejarah bangsa. Kita boleh menjadikannya sebagai pusat latihan penjara. Kita juga boleh menjadikannya sebagai pusat tumpuan pelancong bagi menginsafkan masyarakat. Kita juga boleh menghidupkannya sebagai pusat latihan forensik atau pencegahan jenayah. Semuanya boleh kita lakukan.

Syaratnya - kita ada keazaman politik yang kuat. Syaratnya kita tidak melihat semua perkara dengan rumus untung rugi pulangan ringgit.

Apakan daya kita. Kini subjek sejarah pun sudah lama dianggap sebagai teks menceritakan mitos sahaja. Tidak ada sesiapa memandangnya. Apatah lagi ingin mempelajarinya.

Sampai satu saat nanti - tidak ada apa satu pun yang akan ditinggalkan lagi untuk tatapan generasi akan datang. Anak-anak kita bakal menepuk dada mendongak bangunan tinggi dan gedung mewah, tetapi terlupa di mana sebenarnya dia berdiri! Dia terlupa sejarahnya sendiri.

Selamat tidur Penjara Pudu. Teruslah bermimpi pemimpin bangsaku.

Menelusuri sejarah bangsa

0 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Dari mana asalnya Melayu?

Ada dua teori utama dalam hal ini. Pertamanya - bahawa Melayu itu asalnya dari Yunan, letaknya di baratdaya negeri China, berdekatan dengan Nepal bersempadan dengan India dan Burma. Teori ini juga sering diungkapkan dengan pendekatan 'pergerakan dari utara' yang merujuk bahawa kita adalah manusia pendatang yang bergerak turun dari dataran itu.

Jadi - menurut pendapat ini, orang Melayu bukanlah manusia yang asli.

Teori ini menggunapakai fosil 'Peking Man' yang dikatakan manusia tertua. Ini menjadikan orang Melayu dianggap sebagai manusia pendatang.

Bagaimana pun, teori pergerakan dari utara ini ternyata ingin memperkecilkan leluhur bangsa, menyamatarafkan Melayu sebagai manusia pendatang yang lain. Fosil "Peking Man' itu akhirnya didapati palsu sahaja.

Penemuan fosil "Java Man' kemudiannya - yang bukan sahaja terbukti asli lagi sahih, tetapi lagi tua dari fosil "Peking Man' - telah menolak gagasan bahawa orang Melayu adalah manusia pendatang.

Bukti lain juga membuktikan bahawa sememangnya di rantau ini sudah ada makhluk bernama Melayu.

Tulisan-tulisan Marco Polo pada abad ke 13-M ada menyebutkan istilah "Malaiur' yang merujuk kepada penduduk tempatan sekaligus menunjukkan bahawa sosok Melayu memang sedia ujud di rantau ini, dan bukannya manusia pendatang.

Rekod-rekod negeri China pula ada mencatatkan tentang rombongan 'Mo-lo-yu' atau "Mali-yu-eul" ke negeri tersebut sekitar 644M. Ada pula catatan lain yang menyebut sekitar tahun ke 13 dan 11 sebelum Masehi, sudah ada rombongan dari China ke rantau ini.

Dari segi etniknya - orang Melayu itu adalah rumpun yang sama dengan orang Melayu yang ada di Champa, Kemboja, selatan Filipina, Madagascar, Indonesia dan Taiwan. Semua ini membuktikan bahawa Melayu itu bukanlah bangsa pendatang, tetapi sedia menetap di rantau ini. Bagaimana pun, tidaklah semua Melayu itu menjadi Islam. Hanya sebahagian dari kita yang menerima dakwah dari pedagang Arab atau India yang memeluk Islam.

Masih ada sosok etnik Melayu yang beragama lain.

Hipotesis bahawa bangsa Melayu itu bergerak dari utara ke selatan hanyalah mitos. Pergerakan itu bukanlah memberi erti bahawa kita ini manusia pendatang, melainkan satu penghijrahan dari satu tempat ke tempat yang lain sebagai manusia Melayu.

Berapa banyak ahli politik Melayu kita yang mahu membaca sejarah bangsanya?

Saturday, 19 June 2010

Bila cinta sudah tidak ada

2 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Kisah cinta tidak menjadi ada di mana-mana, hatta dari laman istana sekalipun.

Cinta - ialah kisah yang indah didengar. Orang sanggup merentas lautan api kerananya. Orang sanggup membawa sedulang hati nyamuk bagi mendapatkan cinta. Kerana cinta itu perasaan pelik yang mengasyikkan, seluruh dunia menjadikan cinta sebagai tema. Lagu dan filem menjadi 'hit' kerana bara cinta. Novel cinta menjadi tarikan manusia dari seluruh dunia.

Berapa kali dalam hidup manusia - orang terperangkap dengan cinta?

Orang melihat begitu indahnya kalau dapat menawan hati putera raja. Hakikatnya, orang mungkin tidak tahu - cinta seorang pengemis adalah lebih besar auranya. Tidak siapa yang sanggup mencintai orang susah yang tidak memiliki apa-apa. Kerana kesanggupan dan keberanian untuk berkongsi payah itulah, cinta orang susah lebih mahal dan tinggi nilainya. Mereka tidak mencintai manusia kerana banglo, harta dan darjat. Mereka mencintai kerana sosok tubuh manusia dan hatinya.

Orang tua kita - yang hidupnya lebih susah - mampu bertahan begitu lama. Mereka mungkin tidak pernah sekalipun menyebut patah cinta untuk ibu atau ayah kita. Tetapi mereka mempertahankan cinta dengan masinnya garam kehidupan, dan payaunya air telaga. Mereka menongkah dapur tidak berasap bagi memastikan survival cinta itu bertahan dan teguh bernyala. Cinta itulah melahirkan kita ke alam ini.

Kasihan kita melihat sesetengah orang - tatkala hari perkahwinan mereka - yang ditaja oleh syarikat gergasi, disiar langsung di dalam televisyen - seolah-olah satu dunia sedang merayakan hari cinta manusia. Akhirnya, sebagai mana manusia melihat kemeriahan cinta mereka, orang juga melihat runtuhnya rumahtangga yang dibina.

Lebih baik - kita membina cinta seadanya sahaja. Tidak perlulah menulis nama di atas batu. Cinta yang kekal itu adanya di hati. Cinta yang bertahan itu adanya dalam diri. Ia bukan pada wajah dan cantiknya manusia. Ia bukan pada timbunan harta dan kilauan emas.

Dengan siapa anda bercinta?

Bagaimana untuk dikenali

3 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Tiada perkara untuk aku tulis hari ini.

Aku cuba tulis hal mudah sahaja. Bagaimana untuk membolehkan anda dikenali dan banyak kawan. Ini nota untuk anda yang baru sampai ke luar negeri.

Banyak sebab mengapa ada orang yang kurang dikenali.

Mungkin, ketika mula sampai dia telah berhubung dengan orang yang mungkin juga tidak begitu dikenali. Jadi, akhirnya berita kedatangannya tidak tersebar, dan 'networking' baru tidak dapat dibina dengan cepat. Atau dalam kata lain - ada orang yang telah bertemu dengan 'clique' yang salah. Ada orang yang bernasib baik - kerana ketika mula sampai telah berhubung dengan 'otai' tertentu - jadi perjalanan hidupnya menjadi lebih mudah.


Orang yang peramah - besar kemungkinannya akan memiliki banyak kawan. Bagaimana pula kalau anda jenis pendiam? Pendiam juga boleh memiliki banyak kawan. Anda boleh mengajak teman-teman anda yang lain minum, atau berkumpul di rumah anda. Anda tidak perlu bercakap, biarkan orang lain bercakap. Anda mendengar sahaja.

Orang yang positif juga selalunya banyak kawan. Apa itu orang positif - orang yang melihat orang lain sama sahaja, tidak terlalu tinggi, atau juga terlalu rendah. Ada orang yang melihat orang lain terlalu tinggi, atau terlalu rendah. Ini menyukarkan mereka bertegur dengan orang lain - apatah lagi yang tidak dikenali. Ini juga dipengaruhi oleh self fulfilling prophecy.

Banyak yang telah dicuba - tetapi nampaknya tidak ada yang mahu berrkawan juga. Sekiranya anda berbual dengan seseorang - pastikan topik perbualan itu 'sesuai' dengan orang yang dibualkan. Sekiranya anda pelajar PhD misalnya, jangan menceritakan masalah kajian anda dengan pekerja kontrak - ini menjadikan topik anda akan dilihat bosan. Atau, anda orang biasa sahaja. Jangan berbual hal-hal bodoh sangat apabila bertemu dengan orang yang ada jawatan, ini akan menyebabkan anda akan juga dilihat bosan. Lihat dahulu siapa yang ada di depan anda.

Kalau anda rasa cukup sukar menjadi 'popular', sesekali cubalah promosi diri anda. Bagaimana? Jemputlah orang datang makan di rumah anda. Secara tidak langsung orang tahu kewujudan anda. Orang lain mungkin tidak tahu kewujudan anda sebelum ini. Pasti, selepas ini orang yang anda jemput makan, akan menjemput anda pula. Sepatutnya inilah yang harus anda lakukan ketika mula sampai ke tempat yang baru.

Pergi memancing juga langkah yang bijak. Ada ramai teman baru yang akan anda temui. Pemancing ini pula ada rangkaiannya sendiri. Anda mungkin tidak mendapat ikan, tetapi anda akan tahu bahawa hidup sebagai pemancing tidaklah membosankan.

Apa lagi? Kalau seribu cara telah dicuba dan masih juga tidak dikenali - jadilah penyanyi seperti Saudara Ben. Atau bukalah blog dan tulislah hal yang paling kontroversi seperti jejaka kacak dari Kelantan itu!

Friday, 18 June 2010

Sesiapa ada kawan di Darwin?

4 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Hujung bulan nanti aku ke Darwin. 10 hari. Ada dua persidangan. Satunya Asia Psychology Conference. Satu lagi Expert Panel Meeting on Psychosocial Risk Factors.

Jarak Darwin dengan Adelaide agak jauh. 3,000 kilometer. Cuacanya mungkin sama seperti Malaysia.

Tambang pergi balik pun 900 dolar. Untuk jimat, aku terbang ke Melbourne dulu, dan ambil pesawat dari sana. Itu belum masuk kos penginapan. Masih tak cari lagi.

Sesiapa ada kawan di Darwin? Ingat nak tumpang.

Thursday, 17 June 2010

Adakah blogger bebas?

1 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 

Dua juta blogger bukti media massa tempatan bebas - Rais

17/06/2010 3:01pm

KUALA LUMPUR 17 Jun — Kewujudan dua juta blogger di negara ini membuktikan media massa di sini bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa dengan perkembangan teknologi maklumat, peluang untuk mana-mana pihak bersuara dan memberikan pandangan masing-masing tidak pernah disekat oleh kerajaan.

-------------------------------

Menurut laporan akhbar, terdapat 2 juta blogger di Malaysia. Ini juga dijadikan hujah bahawa blogger kita adalah bebas bersuara.

Kalau orang bertanya aku - sama ada blogger kita bebas - aku jawab tidak pasti.

Adakah blogger kita bebas? Memang benar, kebebasan itu sesuatu yang relatif. Kita tidak wajar menggunakan alasan kebebasan bersuara untuk menyatakan apa sahaja yang kita suka. Sama juga tidak wajarnya, kerana ingin menjaga sesuatu yang mungkin tidak wajar, kita menutup suara orang memberikan pandangan.

Bagaimana pun, kewujudan 2 juta blogger tidaklah harus dijadikan kayu ukur kebebasan bersuara. Kebebasan bersuara yang dimaksudkan tentulah sesuai dengan hal yang bersifat konstruk pemikiran, atau pandangan yang mempunyai makna.

Kalau 2 juta blogger yang wujud itu hanya menulis hal biasa sahaja - misalnya berapa kali menggosok gigi sehari, atau lauk yang dimasak untuk makan tengahari - itu bukanlah satu indikator untuk kebebasan bersuara.

Misalnya - adakah orang dibenarkan melaporkan kelakuan tidak baik pemimpin atau ketua jabatan yang melakukan kesalahan, yang adakalanya ia mungkin dihalang oleh akta tertentu. Bolehkah blogger memaparkan dokumen sulit yang ada kaitannya dengan penyelewengan, atau sesuatu yang diragui telah wujud salah guna kuasa. Juga - sejauh mana pelajar boleh menyatakan pandangan politik mereka mengenai sesuatu perkara. Adakah jaminan mereka ini tidak 'diancam' dengan tindakan tertentu.

Tentu inilah kebebasan yang patut dijadikan kayu ukur. Dua juta blogger yang wujud itu mungkin juga termasuk budak-budak sekolah yang hanya berbincang cerita pokok bunga atau menulis mengenai cerita hantu puaka yang singgah dalam mimpi mereka. Tentu, maklumat seumpama itu - tidak ada maknanya dalam mengukur makna kebebasan bersuara.

Menjerit ke bukit di malam gelap - tidak memberi makna itu kebebasan bersuara.

Wednesday, 16 June 2010

Kisah boomerang

2 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Kita selalu terpinga-pinga kebingungan apabila anak-anak kita membuat sesuatu yang dilarang. Mereka akan cuba memanjat tempat tinggi tatkala kita cuba melarangnya. Mereka akan membuat bising ketika kita cuba menghindarnya.

Ini bukan hanya berlaku kepada anak-anak kecil. Remaja yang dilarang untuk merokok di sekolah akan cuba melakukannya. Begitu juga, apabila kita menyatakan bahawa merempit itu satu budaya yang bahaya, maka semakin ramai yang melakukannya. Orang merasa seronok melakukan sesuatu yang dilarang.

Apakah ini?

Inilah yang dikatakan sebagai 'boomerang effect'. Orang akan semakin suka melakukan sesuatu yang dilarang. Mengapa jadi begitu? Sebabnya kerana manusia sangat menghargai nilai kebebasan. Jadi - apabila dilarang, mereka merasa seperti disekat. Ini menyebabkan mereka memberontak.

Ingat - cinta Romeo dan Juliet juga sebenarnya adalah merupakan fenomena 'boomerang effect' juga - ia kisah cinta terlarang.

Dalam hidup kita - berapa kali kita berasa dihadapkan dengan kesan terbalik ini?

Tuesday, 15 June 2010

Inferiority complex vs. superiority complex

1 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Teja meminta aku membincangkan hal inferiority complex dan superiority complex. Sebenarnya aku bukan pandai sangat hal ini, tetapi memandangkan aku diminta menulis, aku menulis juga.

Mengapa complex? Adakah ia sukar - atau payah sangat? Dalam hal psikologi - apabila disebutkan complexs - ia merujuk hal yang sukar dihuraikan. Ia berselirat. Ia hal kecelaruan.

Idea asal konsep ini dibawakan Alfred Adler. Anda yang membuka buku Psikologi Personaliti akan terjumpa nama ini. Ia juga dibincangkan oleh Carl Jung.

Baik inferiority complex - atau superiority complex - kedua-duanya bukanlah hal yang baik. Orang yang inferiority complex - ialah orang yang merasa rendah diri, pesimis dan selalunya negatif. Ia adalah perasaan. Tidak semestinya anak dara yang lalu sambil menunduk di depan kita itu ialah mereka inferiority complex. Inferiority complex ini ada di dalam jiwa kita. Ia perasaan. Ia adalah sikap. Kita menganggap kita sentiasa menjadi orang yang kalah.

Orang Melayu yang melihat orang Inggeris - akan cepat teruja. Cepat merasa orang luar itu hebat. Ia perasaan dalam diri. Ini adalah inferiority complex. Kita berasa kita kerdil sangat. Sedangkan hakikatnya - kita mungkin lebih baik. Sebab itu - orang kita akan berasa lebih selamat dibedah oleh doktor asing - walaupun hakikatnya risiko untuk mati atau peluang untuk sembuh itu sama sahaja.

Inilah perasaan rendah diri. Ia berbeza dengan perlunya hidup merendah diri. Orang yang belajar tinggi, atau ada pangkat besar, tetapi hidup merendah diri - itu bukan inferiority complex.

Banyak penjenayah atau pelaku juvenil dikatakan mempunyai inferiority complex. Apa kaitannya? Sebabnya dengan melakukan hal yang hebat itu - walaupun buruk, mereka merasa ia telah menggantikan perasaan mereka yang dilihat rendah itu. Mereka yang membunuh atau mencuri itu adakalanya merasakan perlakuan itu sangat hebat. Mereka merasa mereka sangat kuat. Sedangkan - itu hanyalah khayalan sahaja.

Semasa aku ditahan di Lokap Pudu - ada seorang anak muda dengan bangganya menceritakan tentang kejayaanya memecah masuk gudang. Katanya ia telah melakukannya berkali-kali. Entah apa hebatnya mencuri, kita tidak tahu. Tetapi itulah perasaanya. Ini perasaan yang asalnya inferiority complex dan kemudiannya digantikan dengan hal lain yang kita namakan superiority complex.

Budak-budak sekolah - merasa sangat bangga boleh menghisap rokok Dunhill sambil dikejar guru sekolah. Kita berasa sangat hebat dengan cara itu. Itu juga gejala perasaan rendah diri yang cuba digantikan dengan hal yang tidak munasabah. Lainlah kalau menjadi seperti pelayar Australia berusia 15 tahun yang mengelilingi dunia. Itu baru hal yang betul.

Merasa kuat dengan cara yang tidak senonoh itulah dikatakan superiority complex. Lionel Messi yang dilihat sebagai pemain bolasepak yang hebat bukanlah superiority complex. Ia hal yang nyata. Superiority complex ialah hal yang tidak nyata. Misalnya, apabila kita bertemu dengan seseorang - yang menceritakan hal kehebatannya - yang pelik - yang aneh, itu ialah manusia yang superiority complex.

Pernah jumpa orang ini? Ayah Pin atau Rasul Melayu mungkin termasuk dalam kategori ini. Mereka merasa mereka orang yang hebat. Boleh menyembuh segala penyakit. Mengaku mencipta agama lain. Mengaku sebagai nabi. Ini adalah simptom yang kita pernah lihat. Firaun mungkin manusia unggul dalam hal penyakit superiority complex ini. Dia mengaku Tuhan.

Pengikutnya pula - mungkin merasa rendah diri. Mereka orang yang mempunyai inferiority complex. Mereka juga ingin dilihat hebat. Jadi mereka berusaha menggantikan perasaan rendah diri itu. Jadi, mereka mula terpedaya dengan tokoh superiority complex ini.

Dont be too upset

3 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Hari ini di kampus Magill. Kampus baru aku. Sebenarnya aku tidak berminat untuk datang ke sini. Jauh. Perlu menaiki dua bas. Tiada juga sesiapa di sini. Tidak ada kawan.

Memandangkan jurnal aku baru sahaja ditolak - yang banyak daripadanya atas alasan teoretikal, maka aku perlu juga menjengah ke pejabat baru ini. Perlu duduk mengadap komputer kembali. Syarat universiti - sekurang-kurangnya 3 artikel diterbitkan ke dalam jurnal. Sehingga kini, secara tidak rasminya aku ada dua jurnal. Satu sudah terbit. Satu lagi dalam pembaikan.

Sekiranya jurnal aku yang ketiga itu tidak ditolak, maka aku boleh melengkapkan syarat universiti. Malangnya ia tidak menjadi.

Aku perlu menulis artikel lain. Menggunakan teori lain. Menggunakan pendekatan lain. Mengambil masa lagi.

Supervisor aku pula masih di Amsterdam. Semalam dia menelefon bertanya khabar. Dia tahu hal jurnal ditolak itu. Paling mudah dia menasihatkan aku - Dont be too upset.

Kami membincangkan strategi selepas ini. Sebenarnya artikel aku yang ditolak itu ialah kajian kedua seumpamanya di dunia cuba membincangkan teori yang dicipta oleh supervisor aku. Kajian pertama dilakukan oleh supervisor aku.

Seperti biasa, benda baru akan diragui. Jadi - para panel tidak bersetuju dengan pandangan kami, khususnya dari segi teoretikalnya. Yang menilai itu pula mungkin pembuat teori di Amerika. Mereka juga mungkin penganut mazhab psikologi lain.

Bagaimana pun, aku bersetuju dengan pandangan mereka.

Apa alasan sekalipun, aku perlu menghabiskan pengajian dalam tempoh 3 tahun. Paling lama 3 tahun setengah. Bulan 10 ini akan cukup tiga tahun.

Ini yang menjadikan hidup semakin stres.

Monday, 14 June 2010

Nota patah hati

2 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Pagi yang dingin.

Cuaca yang suram. Mendung.

Sudah hari ke-5 aku belajar berhenti merokok.
Ini percubaan kali ketiga.

Semalam - membuka kotak emel. Mendoakan agar Cinderella menghantar surat menanyakan sebelah kasut yang hilang. Atau Puteri Gunung Ledang membatalkan permintaanya menghantarkan sedulang hati nyamuk.

Tidak ada email seperti itu lagi. Itu hanya dongeng.

Angin yang sejuk. Cuaca yang muram. Malam yang malap. Hati yang sayu.

Memang tidak ada puteri yang menghantarkan ayat cinta. Tetapi, ada seorang lain yang menyampaikan hasratnya. Dia telah menyatakan apa yang terbuku. Aku menerima emel dari seseorang. Orang ini mungkin berada di Amerika. Ia surat yang ditulis dengan begitu teliti, bahasa yang halus. Mungkin agar aku tidak terasa hati. Mungkin juga dia tahu aku sedang dalam mood 'tiada semangat'.

Patah demi patah aku baca. Satu demi satu. Emel ini panjang. Ia seperti surat awal perkenalan. Sayangnya, dihujungnya, barulah dia menyatakan kebenaran. Emel yang panjangnya lebih dari 500 patah ini menyatakan apa yang tersirat. Itu pun setelah puji dan cerca digaulkan bersama.

Ayat hujungnya: 'I am hopeful too that this rejection will not dissuade you from submitting future work on PSC to JOHP'.

Ah, ayat ini memang sedang menggoda aku untuk menyalakan rokok semula!

Sunday, 13 June 2010

Update PhD - versi tahun akhir

0 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 

Tidak ada apa yang hendak ditulis.

Dua bulan lalu, aku ada hantar satu artikel ke jurnal. Nampaknya begitu panjang prosesnya. Sampai sekarang aku tidak tahu apa jawapannya. Semoga tidak ditolak, walaupun aku percaya ia tidak mudah untuk diterima. Ini salah satu jurnal kategori A, jurnal yang dianggap besar dalam bidang psikologi. Aku harap sehari dua lagi aku boleh dapat jawapannya.

Sebenarnya, aku tidak kisah sangat kategori jurnal. Tetapi sesekali aku ingin mencuba nasib sahaja bermain di padang yang lebih besar. Kalau tidak ditolak, walaupun dengan banyak pembetulan, itu dianggap baik. Kalau tidak ada pembetulan - itu paling hebat, dan mustahil akan berlaku begitu.

Sesiapa yang ingin tahu bagaimana prosesnya, aku tunjukkan proses di bawah. Ini baru peringkat pertama. Belum lagi termasuk setelah kita diperlukan melakukan pembetulan. Ia memakan masa berbulan-bulan.


The history of manuscript number XXXX submitted to Journal of Occupational Health Psychology, is as follows:

Date
Action
06/12/2010
Decision Letter Approved
06/11/2010
Decision Letter Drafted
06/11/2010
Reviews Returned
06/11/2010
Decision Letter Drafted
05/18/2010
Reviews Returned
05/07/2010
Review Reminder Sent
05/01/2010
Review Reminder Sent
05/01/2010
Review Reminder Sent
04/15/2010
Reviews Requested
04/08/2010
Desired Reviewers Identified
04/06/2010
Assigned to Action Editor
03/29/2010
Manuscript File Created
03/29/2010
Manuscript Submitted

Saturday, 12 June 2010

Nota ringkas

2 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Seminggu dua ini tidak ada 'mood' untuk menulis.

Kepada para pengunjung - tunggulah mental aku sembuh dahulu. Insyaallah, nanti akan tulis semula. Sekarang ini fikiran tidak stabil. Kacau bilau. Jadi, tangguh dulu hal tulis menulis sehingga pemikiran kembali pulih.

Aku tidak tahu mengapa sejak dua bulan ini aku jadi begitu malas. Aku tidak menulis sepatah ayat pun untuk tesis aku. Tidak juga berbuat apa-apa. Membaca pun tidak. Terasa sepertinya lama lagi aku akan berada di bumi Australia ini. Tiada motivasi.

Sekarang ini - untuk menulis blog pun malas juga.

Sebenarnya itu sebahagian sakit. Sakit hilang semangat.

Tuesday, 8 June 2010

Kampung Baru - Kekal atau bongkar?

2 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Cadangan pembangunan Kampung Baru yang diumumkan oleh pihak Kerajaan menimbulkan polemik yang patut diberi ruang untuk diperdebatkan.

Kampung Baru yang mula ditubuhkan sejak 1900 - mungkin satu-satunya kampung Melayu paling mahal di dunia. Sesuai dengan lokasi strategiknya - ia menjadi lokasi mengiurkan.

Dengan pembangunan mega di sekelilingnya - kewujudan Kampung Baru bagi sesetengah orang mungkin menyakitkan mata. Ia seolah-olah 'dunia' lain di tengah bandar. Ia sepertinya hutan belukar di dalam taman yang cantik. Dengan latar belakang KLCC, Menara Kuala Lumpur dan pelbagai bangunan cantik sekitar Jalan Pinang, Jalan Tun Razak atau Jalan Bukit Bintang, kewujudan Kampung Baru sepertinya sangat melucukan.

Apatah lagi - susun atur kawasan kediaman yang padat, diselang seli antara rumah dan gerai jualan, bercampur baur di antara warga tempatan dan masyarakat pendatang - menjadikan Kampung Baru seperti tidak sesuai berada di situ. Ia mencacatkan penglihatan. Sewajarnya sesuatu boleh dilakukan bagi mengindahkannya, dan pada masa yang sama memberikan pulangan ekonomi sesuai dengan kedudukannya di tengat pusat tumpuan.

Itu pandangan bagi mereka yang melihat Kampung Baru perlu dibangunkan semula. Ini pandangan manusia kapitalis yang mungkin berpegang dengan dogma Adam Smith. Siapa Adam Smith? Google dan cari tahu.

Bagaimana pun - aku selalu pesimis, anti-klimaks dan jarang melihat sesuatu dengan pemikiran yang waras.

Apa pun pandangan orang lain, bagi aku - Kampung Baru perlu dikekalkan. Itulah sebenarnya imej Melayu. Pergilah ke mana kampung sekalipun, itulah imej kita. Mengapa harus malu. Menyembunyikan wajah sebenar kita, tidak akan menjadikan kita lebih cantik. Membuang jerawat batu, tidak bakal menjadikan kita menang Miss Universe.

Alasan bahawa Kampung Baru patut dibangunkan bagi tujuan ekonomi mungkin ada benarnya. Tanah berharga itu patut dimajukan agar ia mampu menjana ekonomi negara.

Tetapi siapa yang dapat menjamin pembangunan itu memberikan pulangan kepada orang Melayu dan pemilik tanahnya?

Apatah lagi - apabila awal-awal lagi disebutkan kouta 60:40 - yang mana 40 peratus dibuka kepada orang asing. Mengapa pula diberikan kepada orang asing? Apakah kaitan mereka. Itu adalah tanah orang Melayu. Sekiranya ingin membangunkannya, berikanlah kepada orang Melayu - mengapa dijemput orang lain yang tidak ada kena mengena?

Sejarah menunjukkan kita begitu baik. Kita memang suka membahagikan tanah pusaka kepada orang lain. Bayangkan, tanah itu bukan kepunyaan orang Melayu. Sanggupkah mereka memberikannya kepada kita. Percayalah, bukan sahaja kouta 60:40, seinci pun belum tentu. Tidak perlulah pergi terlalu jauh. Berjalanlah ke Jalan Petaling. Ada orang kita yang berniaga di situ? Pergilah ke Jalan Imbi. Ada orang kita di sana? Tidak - janganlah membuang masa anda mencarinya, anda tidak akan melihat kelibat orang kita - melainkan orang Bangladesh, Indonesia atau orang Nepal yang menjadi pekerja gerai.

Orang Melayu di Pulau Pinang sudah lama terusir keluar ke tanah besar. Kini mereka sedang digusur keluar lagi. Sedikit demi sedikit. Yang boleh orang Melayu banggakan di Pulau Pinang ialah tanah kuburnya. Itupun, mayatnya ditanam secara bersusun rapat. Liang lahatnya sama besarnya dengan tubuh mayat sahaja. Batu nesannya berselang tidak sampai seinci.

Sebenarnya tidak ada cacat celanya mengekalkan Kampung Baru. Itulah keunikan yang kita ada. Itulah 'ruh' bangsa kita di tengah nadi negara. Jangan bimbang kalau ia dilihat huduh sekalipun. Tidak guna cantik kalau ia milik orang. Tidak guna dilihat gah, kalau kita hanya sekadar mampu melihatnya sahaja. Terlopong terngaga seperti kucing melihat ikan di dalam akuarium kaca. Orang lain mengaut untung, kita sekadar 'syok sendiri' sambil menyapu air liur yang meleleh.

Yang patut dilakukan ialah mewujudkan badan khusus bagi menguruskan keindahan Kampung Baru. Ia berfungsi seperti Dewan Bandaraya. Pada masa yang sama - Kampung Baru juga patut digazetkan sebagai salah satu perkampungan warisan. Ia menceritakan banyak sejarah silam kita. Kalau kita tidak sayangkan Kampung Baru pun tidak mengapalah, tetapi sayangilah sejarah silam kita.

Percayalah - sebaik sahaja gigi jentolak meranapkan Kampung Baru - bangunan baru yang naik tidak akan menjadi milik kita lagi. Buat selama-lamanya. Ia akan menjadi milik orang lain. Ia akan menjadi milik pemodal yang setiap hari sedang menjeling setiap perubahan yang akan berlaku ke atas Kampung Baru.

Kita boleh lihat bandar baru yang wujud di seluruh negara. Lihatlah, siapakah yang memilikinya kini, walaupun dulunya merupakan tanah kebun orang Melayu. Kita bukan bersikap prejudis, tetapi kita perlu menerima realiti. Kita boleh gembira dengan jutaan ringgit wang pampasan, tetapi wang itu akan habis membeli barang dari dalam kedai yang didirikan di atas tanah yang dahulunya adalah milik kita.

Memusnahkan Kampung Baru - sama ada akan dibangunkan semula atau tidak, sebenarnya akan hanya melengkapkan kisah Melayu yang semakin hilang dimamah masa di bumi sendiri.

Satu saat nanti - kita akan menjadi kucing yang terliur melihat ikan dalam akuarium kaca yang menjadi milik orang lain. Itupun mungkin kalau kita bernasib baik tidak menjadi seekor kucing kurap!

Friday, 4 June 2010

Apa sebenarnya yang Bird lakukan?

1 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Tulisan yang lalu, menceritakan kisah seorang pemandu teksi yang digambarkan oleh majikan, teman dan jirannya sebagai orang baik - tiba-tiba membunuh begitu ramai manusia lain.

Mengapa orang yang dikatakan baik boleh menjadi ganas, bahkan membunuh orang lain. Ada yang dibunuhnya itu bukanlah musuhnya, tetapi termasuk juga orang tua yang tidak dikenalinya. Ini bermaksud, pembunuhannya itu mungkin tidak ada motif.

Dalam hidup kita - dalam kondisi tidak waras, ada dua kondisi yang boleh berlaku. Sama ada kita membunuh orang lain - atau membunuh diri sendiri.

Orang yang kecewa - biasanya akan membunuh diri. Bagaimana pun, ini dalam keadaan yang sangat tertekan. Orang kecewa akan mula merasa murung, sedih atau bimbang yang berterusan. Orang yang seperti ini akan membunuh diri sendiri kalau tidak tahu mengawal diri.

Bagaimana pun, dalam keadaan tertentu - orang yang kecewa boleh bertukar langsang atau ganas. Ini diceritakan dalam teori klasik yang terbit tahun 1939 - Frustration-Agression oleh Dollard, Doob, Miller, Mower, and Sears (1939). Orang yang langsang ini boleh jadi menyerang sasaran penyebabnya, atau boleh jadi orang lain. Ada sesetengah orang yang kecewa - kemudiannya langsang - mungkin tidak mencederakan orang. Tetapi orang ini boleh jadi memecahkan barang, mencuri, atau melakukan sesuatu yang membuatkan orang lain tidak suka. Semua ini bagi memuaskan hati mereka.

Menurut laporan, pemandu teksi itu bertengkar dengan beberapa orang beberapa hari sebelum kejadian. Ini mungkin puncanya. Mungkin ada hal yang sangat tidak disukainya, menyebabkan dia sangat kecewa - kemudiannya bertindak langsang.

Di sinilah letaknya perbezaan manusia. Ada yang boleh mengawal diri, dan ada yang tidak. Dalam psikologi - kita namakan ini 'coping strategy'. Ada orang, kerana hal yang kecil sahaja begitu cepat kecewa - marah-marah, lalu mengamuk. Ada orang, sekalipun dihadapkan dengan isu besar, masih mampu mengawal diri. Di manakah letaknya 'coping' ini?

Ini letaknya di minda. Mindalah yang mentafsir sesuatu perkara. Mindalah yang kemudiannya menilai sama ada ia besar atau tidak.

Minda yang menentukan sesuatu itu wajar atau tidak. Bird, mungkin tidak perlu membunuh orang lain - yang tidak dikenalinya pula - satu demi satu, kalau 'coping strategy'nya memainkan peranan dengan baik.

Peliknya, mengapa setelah dia mula membunuh orang - dia bertindak membunuh lagi? Ini mungkin disebabkan mindanya semakin tidak betul lagi. Dia ingin mencari kepuasan. Banyak orang yang berperikalu langsang, apabila memukul seseorang misalnya - mereka akan memukul sehingga parah. Itu baru dianggap kepuasan.

Bagaimana pun - dalam kes Bird, dia dikatakan telah memberitahu rakannya "You won't see me again". Ini seolah-olahnya dia sudah tahu apa yang akan dilakukannya. Tetapi dia mungkin tidak pula menjangka akan membunuh orang sebanyak itu. Bird juga mungkin pernah mengalami kekecewaan dalam hidup sebelum ini. Penceraiannya menceritakan kisah lampaunya yang tidak kita ketahui. Bird mungkin juga masih terluka dengan kisah silamnya.

Atau - realitinya Bird memang seorang yang langsang. Hakikat bahawa dia seorang yang baik atau mesra itu sebenarnya hanya topeng sahaja. Anda boleh membaca hal topeng di sini.

Apakah yang boleh mengawal Bird sebenarnya? Apa yang boleh mengawal kita semua.

Agama.

Thursday, 3 June 2010

Mari kita bersama meramal

1 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Kali ini - apa kata kita semua menjadi peramal tingkahlaku manusia.

Mengapa agaknya Bird, 52 seorang pemandu teksi yang dinilai sebagai manusia baik oleh sahabat baik dan jirannya, tiba-tiba hilang punca dan membunuh orang lain?

Apakah yang dapat anggap dari kejadian ini?

Hari ini kita anggap kejadian ini sebagai sesuatu yang tidak masuk akal. Mungkin pada masa hadapan, kita mungkin menjadi seperti lelaki ini. Kita tidak tahu.

Cuba baca berita ini - dan kemudian apa agaknya yang menyebab Bird berubah. Lihat juga pada ayat yang aku tandakan.

Nanti - kita bincang hal ini. Itu pun kalau aku tidak begitu sibuk.

**************

Taxi Driver Gunman Kills 12 In Rampage

Self-employed taxi driver Derrick Bird, 52, began by reportedly shooting three colleagues in the town of Whitehaven, killing one of them.

The divorced father of two then drove his cab through the countryside, opening fire on people through the window, apparently at random.

Following a manhunt, police found his body 20 miles away in woods near the hamlet of Boot about three-and-a-half hours after the first shootings.

Officers said they had recovered two weapons, adding Bird was believed to have taken his own life.

They also said there were 30 separate crime scenes in the investigation.

The Queen has said she was "deeply shocked" by the shootings and shared the country's "grief and horror".

Some 25 people were treated in hospital. Eight are still there - three are in a critical condition and five are described as serious.

The gunman's friend Peter Leder said Bird had told him on Tuesday night: "You won't see me again."

Mr Leder told CNN the taxi driver was known as "Birdy" to his friends and was "an outgoing, well-known guy, who everyone liked".

After the Whitehaven attacks, Bird drove south in a Citroen Picasso along the coast.

Police said he made his way through Egremont, Gosforth and Seascale before turning inland and ending up in Boot, where he abandoned his car.

Two people are thought to have been killed in Egremont.

A woman in her 60s is believed to have been shot dead outside the home of resident Billy Boakes.

Another man is understood to have been killed on the old bridge in the town. Eyewitnesses reported seeing a victim lying in a pool of blood.

One man was shot dead in Gosforth. He was apparently in a field trimming hedges with his uncle when Bird drove past, wound down the car window and blasted him.

The dead man was named as Garry Purdham, son of farmer John Purdham and the brother of Harlequins rugby player Rob Purdham.

Two people, including 66-year-old Jane Robinson, were killed in Seascale. Ms Robinson died just yards from the home she shared with her twin sister.

The other victim there was Michael Pike, 64, who died while cycling in the village where he lived with his wife, Sheena, and son, Jason, 39.

Jason Pike said: "He was a much-loved husband, father and grandfather. He was a happy man at the time he died and satisfied with the things he achieved."

It is not known why Bird, from Rowrah near Frizington in Cumbria, carried out the shootings.

Michelle Haigh, the landlady of Bird's local pub - The Hound Inn in Frizington - described him as a "normal bloke".

Ms Haigh said: "He was a nice guy, nothing out of the ordinary. He would come into the pub, have a couple of pints, have a chat with his friend and go home.

"This is not in character with the Derrick Bird we know. Everybody is shocked."

Bird, from Rowrah near Frizington, was said to be friends with a fellow taxi driver he killed in Duke Street, Whitehaven, as he started his rampage at about 10.30am.

Glenda Pears, boss of L&G Taxis, said: "The lad that's been killed was friends with him. They used to stand together having a craic on the rank.

"He was friends with everybody and used to stand and joke on Duke Street."

A female taxi driver working for her had to swerve to avoid Bird's car immediately after the first shooting, she added.

She went on: "He was driving and she saw the gun. She was hysterical and had to pull over and stop. The gun was hanging out of the window. She's still shaken up.

"We are just numb at the moment. We just want to know what he's done it for."

Another Whitehaven cab driver, who did not want to be named, claimed an argument broke out between Bird and the other three men on Tuesday night at the Duke Street taxi rank.

He said: "All of the taxi drivers were friends. But I heard last night there was an argument on the taxi rank.

"I don't know what caused it, but something must have happened last night. Derrick Bird took off in his car and went home. I don't know what time of night it was."

Speaking about the shootings, Deputy Chief Constable Stuart Hyde said: "This has shocked the people of Cumbria and around the country to the core.

He went on: "Our condolences go out to families and friends of those affected by the horrific incidents that unfolded today.

"These are local people and local police who knew the people killed and injured today.

"It's been a truly exceptional and challenging incident that Cumbria Police has had to deal with today."

He added: "This has shocked the people of Cumbria and the country to the core.

"We will look into Mr Bird's history, his access to firearms and his motivation for the shootings."

Police have set up a casualty bureau line on 0845 3300 247 and appealed for anyone with information about Bird's movements over the last 24 hours to contact them.

People who are worried about friends and family can call a police helpline on 0800 0960 095.

West Cumberland Hospital in Whitehaven declared a major incident, while North Cumbria University Hospitals Trust urged patients not to attend its casualty departments unless it was an "absolute emergency".

Helen Owens, who works at solicitors' practice Brockbank, Cain and Hall on Duke Street, told how one of her colleagues saw the victim on the street.

"We heard a couple of gunshots and the police running about," she said. "One of our secretaries was out at the time and she saw a guy lying dead on the ground covered with a sheet - she saw his trainers sticking out.

"There's police tape across it so we can't see exactly what happened but saw a policeman running across the street."

Witness Alan Hannah has told how he fled Whitehaven after he saw the gunman leaning out of a car window.

"I was waiting at a red light and looked around the corner," he said. "I saw a man with a shotgun at the window which had been shattered.

"It looked like quite a big shotgun. I just went through the red light and got the hell out of Whitehaven."

Members of the public in the area had been asked to stay indoors until further notice while every armed police patrol in Cumbria hunted the gunman.

The Sellafield power station went into lockdown, as did many shops.

One of Bird's neighbours, who did not want to give his name, said: "I am totally shocked, numbed by it all, he's a nice guy.

"He's a quiet sort of fella. He kept himself to himself and lived alone."

Home Secretary Theresa May said the events in Cumbria were "very serious and tragic".

She said: "It's a terrible incident that has taken place in Cumbria today but I would like to pay tribute to the way in which the police and emergency services have worked very closely together to deal with this incident."

Ms May added: "I want the people of Cumbria to know that they have my support and are in my thoughts."

Wednesday, 2 June 2010

Penyakit makan yang pelik

5 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Anda tentu telah membaca berita kanak-kanak di Kedah yang dilaporkan suka memakan batu.

Adakah ini hal yang pelik?

Ya, ia hal yang pelik. Tetapi simptom ini bukanlah sesuatu yang pelik. Di seluruh dunia, adalah dilaporkan bahawa ada manusia yang memakan kaca, batu, kapur atau apa sahaja yang dikategorikan sebagai bukan makanan.
Selain kanak-kanak, ibu yang mengandung juga banyak yang suka dengan tingkahlaku pelik ini.

Istilah bagi kelakuan memakan yang ganjil ini dinamakan Pica, atau didefinisikan "the desire to ingest bizarre items such as chalk, sand, insects, clay, slate, and so forth".

Banyak lagi penyakit abnormal lain yang dikategorikan sebagai pica, termasuklah autophreiophagia (memakan batang mancis), tricophagia (memakan rambut) dan lithophagia (memakan batu).

Kanak-kanak tadi mungkin dikategorikan sebagai lithophagia.

Bagi sesetengah budaya tertentu, gejala 'pica' ini terkait dengan kepercayaan atau anasir budaya.

Siapakah yang patut merawat mereka ini? Biasanya ini adalah pekerjaan ahli psikologi. Ia melibatkan penyakit tingkahlaku. Ia kelakuan pelik yang perlu diubah.

******************

It tasted like chocolate, says girl who ate stones

By EMBUN MAJID
embun@thestar.com.my

SUNGAI PETANI: “It tasted like chocolate, that was why I ate them,” said Year Four I. Yogeswary who was admitted to the Sultan Abdul Halim Hospital here with her two younger sisters and a cousin for eating stones.

The girls were hospitalised after they vomited and suffered stomach pains for eating stones collected from the compound of their house in Kampung Padang Lembu, some 20km from here.

Tuesday, 1 June 2010

Kisah mengacau ikan

1 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Tidak ada perkara hendak ditulis. Maka aku tuliskan cerita ketika aku masih budak-budak. Aku pasti kehidupan budak-budak sekarang tidak akan lagi sama dengan kehidupan kami lebih 30 tahun dulu.

Seingat aku - semasa aku di sekolah rendah lagi, antara kegiatan utama aku ialah 'mengacau ikan'. Aku tidak pasti apa istilah yang tepat bagi menerangkan aktiviti petang Jumaat di musim kemarau sekitar tahun 1980-an itu. 'Mengacau ikan' atau 'kuan pla' dalam bahasa Siam ialah aktiviti orang kampung turun ke dalam sungai menyelongkar segala tempat persembunyian ikan di dalam sungai. Musim kemarau biasanya air telah mula mengering. Alir sungai dari hulu juga telah putus, dan tidak bersambung lagi.

Jadi biasanya, selepas habis sembahyang Jumaat - orang kampung akan mula bergerak ke sungai-sungai yang masyur dengan ikan air tawar. Bukan seorang dua, tetapi mungkin 30-40 orang turun ke dalam sungai. Setiap orang membawa peralatan menangkap ikan masing-masing. Peralatan itu ialah senjata masing-masing. Ada yang membawa pukat, ada pula yang membawa tangkul. Sebahagian yang lain membawa serkap dan tiruk. Orang yang ada modal membawa jala. Yang kurang, atau kanak-kanak seperti kami hanya membawa penjuk. Yang paling susah mungkin tidak membawa apa-apa, sekadar menggagau ikan yang bersembunyi di dalam lubang kayu atau di bawah rumpun rumbia.

Kerana rombongan manusia yang ramai - maka ikan akan menjadi kacau bilau. Air menjadi keruh. Yang lari terlekat pukat, yang bersembunyi ditikam tiruk. Waktu itu, ikan masih banyak. Belum ada racun dan tuba. Belum ada bom ikan dan perencat elektrik. Aku tahu banyak ikan air tawar - selar, haruan, keli, baung, puyu,lampam, sepat dan bermacam lagi. Ikan yang kecil seperti seluang akan timbul begitu sahaja kerana pening. Ikan puyu pula boleh ditangkap dengan mudah kerana ia akan bersembunyi di dalam tapak kaki.

Emak aku terkenal dengan tangkul. Sampai sekarang emak aku masih menggunakan tangkul. Aku pula - biasanya membawa serkap atau penjuk.

Selalu juga aku mendapat ikan haruan besar dengan serkap itu. Penjuk biasanya hanya mampu menangkap ikan kecil sahaja. Ia hanya digunakan bagi menangkap ikan di bawah akar kayu atau dalam perdu pohon bemban.

Sekali itu - aku tertikam sengat ikan keli di tangan. Bisanya tidak membawa ke mati - tetapi kalau tersalah gaya, bisanya boleh sampai ke bawah ketiak. Orang yang tertikam sengat keli biasanya tidak akan menggagau lagi. Mereka akan naik ke atas. Kalau ikan keli yang menikam itu dapat ditangkap - ia akan dibakar. Asapnya itu dibuat ubat. Entahlah betul atau tidak.

Proses mengacau ikan ini akan berlangsung dari jam 2 petang sehingga menjelang maghrib.

Banyak lubuk ikan di kampung aku. Antara sungai yang masyur - ialah Lubuk Batu, Sungai Mali, Sungai Tok Ngor dan Wang Lok Men (aku tidak tahu hendak terjemahkan ke dalam bahasa Melayu lubuk ini. Mungkin Lubuk Anak Men).

Wang Lok Men ini ada mitosnya sendiri. Kononnya ada seorang gadis cantik yang menjadi mangsa cemburu telah dibunuh di sini. Jadi - kami akan berasa sedikit seram di lubuk ini.

Sekarang ini - semua tradisi mengacau ikan ini adalah cerita nolstalgia. Ini adalah cerita tradisi yang pupus.

Setiap kali aku balik - aku pasti akan menaiki motor melawat sungai itu. Sekadar mengimbau nolstalgia lama. Sesekali aku pasangkan tangkul dan mencuba mengharap ikan yang datang. Aku tahu - ia tidak akan berlaku lagi. Dunia tradisi sudah lama mati oleh nafsu tamak dan deru pembangunan.

Berjiwa besar atau berpangkat besar?

0 Mereka telah Komen, Kutuk, Kritik
Reactions: 
Kita selalu mendengar - ibu bapa kita juga, semasa kita masih kecil selalu mengharapkan agar kita menjadi orang besar, berpangkat besar atau bergaji besar. Dalam kata lain, kita akan menjadi seseorang.

Yang jarang kita dengar - orang berkata: jadilah manusia berjiwa besar.

Banyak beza orang berpangkat besar dengan berjiwa besar. Orang berjiwa besar ialah orang yang ada prinsip dalam hidup. Mereka tidak mudah goyah. Kebanyakan manusia yang hebat ialah manusia berjiwa besar. Tidak mudah tergoda. Tidak melakukan kerosakan. Tidak rasuah.

Manusia berjiwa besar juga mungkin tidak ada pangkat pun. Mereka orang biasa sahaja. Inilah manusia yang kita cari.

Malangnya - sekarang kini kita lebih cenderung dengan orang berpangkat besar semata-mata.

Pangkat besar tanpa jiwa besar - ibarat manusia yang hidup tanpa nyawa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails