Yang Ikut

Friday, 21 May 2010

Tuisyen: Perlu atau tidak?

Reactions: 
Mala bertanya sama ada tuisyen itu perlu atau tidak?

*********

Sebelum kita mulakan perbincangan kita mulakan dengan ungkapan yang selalu digunapakai - 'manusia itu ialah makhluk sosial'. Maksudnya kehidupan manusia itu begitu mementingkan interaksi, berbual-bual di antara satu sama lain. Tidak terkecuali anak-anak kita juga.

Apa kaitannya dengan tuisyen?

Hari ini - entah dari mana kita meminjamkan budaya ini - tuisyen seolah-olahnya sudah menjadi perkara wajib. Ia sepatutnya hanya sebagai kaedah pembelajaran sokongan sahaja. Tetapi kini tidak lagi. Pusat tuisyen kini wujud di kampung dan kota. Sesiapa yang tidak mengikutinya, seolah-olahnya sedang menempah markah kosong dalam peperiksaan.

Ini hakikat perubahan zaman.

Adakah kita sebenarnya memerlukan tuisyen?

Aku sebenarnya tidak bersetuju dengan keperluan tuisyen. Ia membunuh masa bermain anak-anak. Ia juga menghilangkan masa sosial mereka. Kita juga akan kehilangan banyak waktu untuk bersama dengan anak-anak. Jangka panjang - kita sedang meruntuhkan sistem masyarakat kita dengan manusia yang kurang mahir dalam kemahiran bersosial.

Tetapi dunia moden ini - manusia tidak menghiraukannya lagi. Kita inginkan kejayaan. Kerana bagi kita kejayaan akademik itulah pintu kejayaan manusia. Sejak sekolah rendah lagi anak-anak dipaksa untuk berjaya. Sedangkan kita pun tidak pasti - apakah maknanya kejayaan di sekolah rendah? Paling tinggi hanya diterima masuk ke sekolah berasrama. Itu sahaja.

Jadi kenapa perlu memaksakan mereka dengan begitu banyak beban. Orang dewasa yang berkerja pun hanya berkerja dari jam 8 pagi ke 5 petang. Tetapi anak-anak sekolah kita jam 10 malam baru habis waktunya.

Itu kalau berjaya. Bagaimana pula kalau hanya sekadar mendapat keputusan cukup makan sahaja. Masa mereka yang hilang itu tidak akan mampu diganti semula.

Aku boleh menerima logik untuk mengikuti tuisyen bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Keputusan dalam kedua-dua peperiksaan itu menjadi pintu masuk universiti. Itu pun, sebenarnya aku masih kurang bersetuju. Sepatutnya sekolah yang harus mengambil inisiatif memberikan pendidikan terbaik. Atau sampai waktunya silibus kita dikurangkan. Mengapa harus mengambil tahu semua perkara?

Kerana pentingnya kejayaan akademik itulah, pusat tuisyen tumbuh bagai cendawan. Sebaik mana guru mengajar di sekolah sekalipun, orang masih memandang tuisyen itulah sebenarnya yang akan menghasilkan kejayaan. Guru yang sama akan lebih dipandang tinggi di pusat tuisyennya, berbanding kalau dia mengajar di sekolah. Ini juga sedikit sebanyak sedang menjejaskan reputasi sistem pendidikan kita.

Sebenarnya - apa yang berlaku?

Pandangan psikologi aku kuat menyatakan bahawa sebenarnya apa yang diajar di sekolah dan di tuisyen itu sama sahaja. Yang berbeza ialah sistem pendidikan kita terlalu formal. Ada banyak peraturan. Ada banyak buku yang perlu dibawa. Sistem yang rigid ini telah mengurangkan minat pelajar. Menjadikan suasana pembelajaran semakin membosankan. Walaupun hal yang diajar itu sama sahaja.

Sekiranya kita sebagai ibu bapa - mampu mengajar sendiri anak-anak, atau mampu menetapkan mereka jadual ulangkaji dengan baik - tuisyen mungkin tidak diperlukan lagi. Tuisyen itu sendiri sebenarnya hanya proses ulangkaji.

Bagaimana kalau anak tidak dihantar ke tuisyen?

Inilah antara permasalahan yang kita hadapi. Tuisyen sudah menjadi budaya baru di Malaysia walaupun aku tidak pernah melihat pusat tuisyen di Australia. Tidak pasti di UK atau US. Aku rasa sepertinya tidak ada. Tuisyen juga menjadi kegilaan di Jakarta. Tidak pasti kewujudan tuisyen ini disebabkan perrmintaan masyarakat - atau kerana ia menjadi peluang perniagaan yang baru.

Sekiranya kita tidak menghantar anak-anak kita ke tusiyen, secara automatiknya mereka akan merasa rendah diri. Mereka akan diperkecilkan oleh rakan mereka yang ke pusat tuisyen. Rakan-rakan sebaya ini - adalah teman sosial mereka. Rakan sebaya mereka akan bercakap-cakap mengenai guru mereka yang bagus, dan markah mereka yang tinggi. Mereka juga akan bercakap dengan soalan ramalan. Semua ini akan menggerunkan anak-anak kita. Akhirnya, secara tidak langsung ini bakal memencilkan anak-anak kita yang tidak ke tusiyen.

Anak kita pula akan merungut apabila markahnya rendah - "Itulah mak, hantar tuisyen tak nak?". Realiti yang mereka tidak tahu - banyak juga yang tuisyen itu sebenarnya gagal. Yang berjaya itu pula biasanya berjaya di sekolahnya lagi.

Apa yang boleh kita buat? Kita tidak ada pilihan lain. Tuisyen sudah menjadi institusi baru dalam masyarakat. Setiap ibu bapa bercakap mengenainya. Semua orang mendesak kecemerlangan anak-anak kita. Setiap hari pasti ada suara bertanya berapa "A" yang anak kita dapat dalam peperiksaannya.

Jadi - nasihat untuk Mala - hantar sahajalah anak ke tuisyen. Bukan menghantar kerana kita meyakininya. Anggaplah ia sebagai bilik ulangkaji untuk anak-anak kita. Ia sudah menjadi padang permainan baru anak-anak. Itu sahaja.

Sekiranya aku mempunyai kuasa - aku akan menggesa agar tuisyen untuk pelajar sekolah rendah ditiadakan. Ia hanya akan merosakkan masa bermain anak-anak.

11 comments:

mala said...

terima kasih
akan di pertimbangkan mengikut keadaan keperluan tuisyen ni untuk kakak. paling2 pun tahun depan (upsr)

ismadiyusuf said...

aku pun tak setuju tuisyen ni, aku belum lagi nak hantar anak2 aku ke tuisyen...x ada apa2 yang memandaikan mereka..mereka kehilangan masa kanak-kanak(bermain) dgn bebanan belajar...so, aku dulu2 pun tak tuisyen pun...

Inah said...

saya tak pernah tuisyen..alhamdulillah ok je..dah sampai ke sini dah pun :)

norhayati said...

salam, ingin berkongsi. ketiga-tiga anak saya hanya tuisyen masa di tahun 5 dan tahun 6. Anak kedua lagi malas nak pergi tuisyen, leceh katanya, dia suka baca buku sendiri. Alhamdulillah ketiga-tiga berjaya, termasuk Syukri yang baru balik dari Adelaide, yang kedua akan ke Ireland dan ketiga masih di RMC. Yang bongsu tuisyen sendiri di rumah... bagi mereka peluang merasai alam kanak-kanak. Tetapi sekarang Face Book mula menggantikan teman sosial yang realiti maka bila masing-masing ada laptop interaksi sesama keluarga semakin pudar. Mereka lebih rela tersenyum sendiri mengadap skrin...apakah kita akan biarkan perkara ini berlaku?

isuzu_aizu said...

pengalaman saya dengan tuisyen (upsr) tahun 1997 , tuisyen adalah medan saya bersosial dengan kwn2 dan guru2 baru. mungkin tak terlalu banyak membantu dr segi pelajaran, sekadar 10-20% sebab mmg sekadar ulangkaji apa yang dipelajari di sekolah dan tambahan sedikit teknik2 menjawab soalan. sy katakan sbg medan sosial sebab sy bersekolah di kampung, dan tuisyen di pekan terdekat iaitu pekan telok panglima garang. rata2 yang pergi tuisyen di situ adalah orang pekan (di sini, orang pekan walaupun pekan kecil dan orang kampung adalah berbeza dr segi budaya dan pencapaian spt penguasaan bahasa inggeris). saya seronok ke tuisyen sebab dpt berkenalan dgn kawan baru, memahami budaya org pekan, berjumpa guru2 dr kwsn sekitar daerah kuala langat dan belajar dalam keadaan yang lebih santai dan menyeronokkan. mungkin ditakdirkan sy jenis yang suka bergaul walaupun pada masa tu sy sorg2 je dr kg belajar di pusat tuisyen pekan tersebut. jd dlm kes sy, takde la membantu sgt bab pelajaran, cuma menambah pengalaman sy, menambah kenalan dan faedah pada kehidupan sosial sy :)

mangkuk statik said...

Tuisyen ni mcam panadol. Pahit tapi perlu.Kalau aku kene, memang aku tak nak. Tapi sebab anak aku yg kene amik, muahhahahha...nasib kau lah wahai anak2 ku.

Othman Juliana said...

selagi sistem pendidikan kita exam oriented-inilah hasilnya. di uk takde tuisyen (selama di sana-tidak pernah nmpk atau sy kurang tahu kerana takde anak? aih~). sy dulu ada 'bertuisyen' (tak pernah lama-paling kuat 2/3 bulan. cepat bosan)-bkn bermatlamatkan utk study sgt (pemalas kan~) tapi lebih kepada kawan2. Balik, dapat singgah beli burger~ yeah!

Othman Juliana said...

hehe~ just received a card from my ex tuition student. she is NZ now. proud of her though i'm not as excellent as her~ aih! Haha~ dok kata tuisyen tak penting, but i was a private tuition teacher! one on one tuisyen. well, bleh kire lain tak tu?

Anonymous said...

saya rasa keperluan tuition ni mengikut kesesuaian seseorang pelajar.say,, saya pun seorang pelajar and tahun depan bakal menduduki spm,, saya tidak pernah pun ambil tuition di luar selain yang disediakan di sekolah sahaja,, keputusan saya syukur tetap bagus..soo..tuition tu ada baik and buruknyer,, ikut keperluan pelajar tu la,, kalau dia lemah pergi la tuition,, kalau rasa boleh belajar sendiri di rumah dan memadai pembeljaran di sekolah pun ok..

Anonymous said...

Ya, saya tercari2 juga sbb zaman saya dulu langsung tak wujud tuisyen. Baca buku dan buat latih tubi sendiri jer. Memang membuang masa kalau pergi tuisyen sbb cikgu kat skolah pun kita bleh tanya. SPM saya pun dpt 11A dalam aliran Sains di sekolah agama. Bukan kerana cerdik pun, tapi sbb saya ada sikik2 sikap paksa diri merajinkan membaca dan beli buku latihan mana subjek yang rasa lemah serta keinginan kuat untuk menghafal apa yang perlu... apatah lagi subjek2 agama dan bahasa arab.

Pada saya, tuisyen ini langsung tak perlu, membuang wang apatah lagi masa. Cikgu tuisyen apa peduli kita cemerlang atau tidak, yang penting duit masyukkkk... berbanding cikgu di sekolah... jika kita rajin bertanya, kita akan diajar lebih sikik berbanding bebudak lain. Malas bertanya nasib badan la. Tak sapa boloh tolong lagi.

Anonymous said...

saya baca ayat"saya tidak bersetuju" terus saya tekan butang reactions bagus.hahaha=D.saya f.4.parents saya duk sibuk suruh saya amek tuisyen sbg persediaan spm.lagi pula,diorg ckp aliran sains tu susah.-saya ambik aliran sains-dan saya rasa faktor penolak yang paling besar ialah,ke-dua2 org kakak saya dri mula2 masuk secondary lagi start tuisyen.sdgkan saya hanya betah tuisyen selama 2 bulan masa pmr.tu pun,byk absent.masa f.3 pun,satu family bising,sbb saya tak tuisyen .cakap perasan la,berlagak la,pemalas lagi.tapi sbb saya boleh skor-alhamdulillah...lagi baik dari kakak saya-jadi isu tu lama2 jadi pudar.jadi sekarang,isunya jadi hangat balik.serabut.saya bukan tak nak tuisyen.tapi hmpphhh.saya tak faham kenapa kakaks saya suka sgt dgn tusyen.dri pengamatan saya,nak cari cg.tuisyen y lg superb dari cg.sekolah saya amatlah susah.jadi saya berhenti tuisyen.membazir duit.ketika itu,bg saya memadai dgn fokus di sekolah.dan sya perlukan msa utk rehat.utk otak refresh balik.takkanlah seminggu nak balik rumah pukul 6.kerja sekolah pun dah berlambak.mmg ramai yg terkjr2 tusyen sampai tak siap homework,klas tambahan lagilah.kalau betul2 berkesan-takde niat nak menghina-saya nak.tapi masalahnya.dgn cg dtg lewat.cg.tak tetap.sistem tak teratur.masalah sosial lagi la.jd sy berhenti waktu itu,sbb saya rasa sya mampu dgn bantuan guru skolah dan bantuan dari-Nya.tapi masalahnya,ni utk spm.saya sedikit gugup.lagipun tak larat nak bertegak dgn parents.cuma kekdg sya terpikir,diri sya juga perlukan rehat.kalau tak cukup rehat,kuat sgt belajar,nanti otak penat.stress.lgi teruk.nak tgk muka ma pun dah susah.abah lagilah.cuma bila org ckp saya ni over confident,perasan,pemalas dan saya sendiri pun prnh rasa yg saya ni tak leyh nak berkorban langsung.saya jadi runsing...jadi saya nak mintak pendapat tuan,insyaAllah,pemikiran saya terbuka.saya nak mintak pendapat.nak bandingkan p&c nya.jadi saya sangat berharap tuan dapat bantu saya.apakah spm memerlukan tuisyen.dan kalau saya tak tuisyen,apa yang perlu saya buat utk back up pelajaran saya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails