Yang Ikut

Saturday, 7 November 2009

Mengapa aku memilih psikologi?

Reactions: 
Sebenarnya tidak ramai yang tahu mengapa seseorang itu menjadi psychologist, clinical psychologist atau kaunselor. Ketiga-tiga bidang ini sepertinya mirip, tetapi berbeza. Jadi aku ceritakan bagaimana semuanya bermula.

Aku tidak pernah berangan-angan untuk menjurus dalam bidang ini. Tamat tingkatan 5, aku sepatutnya memasuki politeknik. Tetapi waktu itu, kehidupan aku sangat susah. Memang susah. Hasni tahu hal itu. Aku sepatutnya memasuki bidang kejuruteraan awam di Poleknik Sultan Abdul Halim. Tetapi, kerana aku sangat pening untuk mencari wang RM 500 membayar yuran pendaftaran, aku tidak jadi mendaftar.

Aku teruskan memakai baju putih dan seluar hijau, memasuki Tingkatan 6. Sebenarnya tidak. Aku sebenarnya ingin berhenti sekolah waktu itu kerana ada seorang kawan cuba menggoda aku untuk kerja di Kuala Lumpur. Aku beritahu hasrat untuk berhenti. Emak aku tidak setuju. Jadi aku sambung juga Tingkatan 6 tanpa minat. Setiap Rabu, aku tidak pergi sekolah. Aku ingat sangat hari itu - kerana hari itu ada pasar malam di Changlun.

Aku malas banyak sebab. Satunya kerana wang tidak banyak. Masa itu pun aku sudah tegar hisap rokok. Sudah dapat lesen. Jadi susah juga kalau aku bersekolah lagi. Usia aku waktu itu pun bukanlah muda sangat. Tentu tak sesuai minta duit lagi dari orang tua. Nasib baik Bento ada kerja dan bantu aku. Banyak duit dia aku pakai (nanti aku update berita terkini Bento).

Habis tingkatan 6, aku masuk universiti. Aku pun tak sangka akan lulus. Itu memang rahmat Tuhan. Aku ditawarkan bidang Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan di UKM. Kami diberi 3 bidang pada tahun pertama. Aku belajar sejarah, sains politik dan psikologi. Sebab aku diberi bidang psikologi ialah kerana aku dari aliran sains ketika tingkatan 4 dan 5 dahulu. Aku juga diberikan bidang sejarah dan sains politik mungkin kerana ketika tingkatan 6, aku dapat A dalam sejarah, dan B dalam pengajian am.

Bagi mereka yang bukan dari aliran sains pada peringkat SPM, mereka tidak diberikan peluang untuk mengambil bidang psikologi. Waktu itu bidang psikologi masih lagi berteraskan aliran tingkahlaku. Masih bermain-main dengan tikus. Juga perlu membedah tikus sebagai asas fisiologi. Dalam bidang psikologi juga, terlalu banyak kertas statistik perlu diambil. 4 atau 5 kertas, aku sudah lupa. Mungkin kerana itu, universiti lebih cenderung dengan pelajar dari aliran sains.

Selama 4 tahun di universiti, kami belajar pelbagai subjek psikologi. Ada yang aku pandai, ada yang tidak. Aku mungkin agak bagus dalam psikologi sosial dan personaliti. Tetapi, aku tidak pernah sekalipun mengambil subjek kaunseling. Aku tidak berminat. Entah mengapa. Kelihatan agak wanita agaknya.

Pada tahun akhir, UKM sedang baru menawarkan bidang sarjana Psikologi Klinikal. Sesiapa yang memohon waktu itu, tentu akan ditawarkan - kerana jumlah pemohon masih kecil. Aku tidak tahu mengapa aku tidak memohon. Mungkin sebab aku sibuk dengan kerja teh tarik di Kajang, atau sibuk dengan kerja di Sony.

Tetapi, kemudiannya aku memohon bidang sarjana psikologi sosial. Aku memohon kerana minat. Aku tidak kisah pun sama ada bidang itu mempunyai permintaan kerja atau tidak. Aku tidak pernah belajar kerana untuk kerja.

Rupa-rupanya, aku ditawarkan bidang lain. Bidang psikologi industri dan organisasi (IO). Ada juga panggil Psikologi Pekerjaan. Sebab, yang memohon bidang psikologi sosial cuma beberapa orang sahaja. Aku tidak tahu siapa orang lain itu. Aku sebenarnya tidak berminat sangat dengan bidang IO ini kerana ia agak teknikal, bukan terlalu psikologi. Ia berkisar dengan latihan, temuduga, penilaian prestasi dan banyak berkaitan dengan sumber manusia. Bagaimana pun, beberapa subjek teras psikologi masih ada. Tetapi, sebab tidak ada pilihan lain, aku terima juga.

Adakah bidang-bidang ini berbeza? Sebenarnya banyak lagi bidang psikologi lain. Ada yang hanya mengkhusus dengan perkembangan manusia, ada pula yang menjurus dengan aspek klinikal. Ada juga psikologi pendidikan atau psikologi kognitif. Walaupun asasnya sama, tetapi jurusan itulah yang membezakan kami semua. Psikologi klinikal mungkin lebih mirip kepada bidang psikitiari, walaupun berbeza. Bidang IO mungkin bertindih sedikit di antara psikologi sosial dan sumber manusia, tetapi dari pendekatan berbeza.

Sebab itulah - sekarang ini aku di sini. Kerana aku dari aliran sains sekolah menengah, dan kemudiannya ada sarjana IO, maka aku perlu melakukan kajian stres di tempat kerja. Bidang aku sekarang sebenarnya lebih kepada psikologi kesihatan dan psikologi organisasi.

Di Barat - banyak lagi bidang psikologi lain yang tidak ada di Malaysia. Antaranya psikologi forensik dan psikologi politik. Apa pun, kalau aku ada pilihan, aku mungkin bergelar social psychologist, atau setidak-tidaknya mendalami bidang psikologi personaliti. Aku pernah mengajar sekejap di Fakulti Sains Kesihatan, UKM dalam bidang psikologi personaliti beberapa tahun dahulu.

Semua ini bermula hanya kerana emak aku tidak setuju kalau aku berhenti sekolah di Tingkatan 6. Benar kata orang, orang tua akan lebih jauh pandangannya dari mata kita yang muda. Terima kasih mak.

30 comments:

ziarah76 said...

kesusahan hidup yg memberi seribu hikmah... menarik sungguh liku2 hidup tu.
Dan sekarang berjaya nampaknya.
pernah juga ambik intro to psychology dulu - tp emmm.. takde rezeki di situ.

Afna said...

Bro,
changlun tu jauh bebeno teman rasakan, chenel siam pun dapat.
:)

Untungnya dpt belajar psikologi,
jika menulis anda dapat menggambarkan manusia yg relevan dgn wataknya.

cth: Arwah Yasmin Ahmad (yg belajar psikologi juga), beliau menghasilkan filem yg byk menghantar metafora.

apa2 pn selamat berjaya!

ihsan_huhu said...

hopefully nnt aku po boleh tulis cerita mcm ko gk satu hr nnt

FakirFikir said...

Zarah76 --yang terburuk itu hanya indah setelah ia berlalu dan dikenangkan semula.

Afna - jauh dan dekat hanya tafsiran persepsi sahaja. Beberapa hari dulu, ada kawan - seorang penulis skrip - ada berbual-bual hal psikologi melukiskan watak ini juga. Sekarang ini sedang cuba melukis watak sendiri sahaja.

Ihsan -- jangan lupa cerita aku sama dalam cerita hang.

Inah said...

Ohh..penah datang ke Fakulti kesihatan rupenya..sure kenal En Ezzat and En Mahadir..kenal?

FakirFikir said...

Ezzat - salah seorang kamceng aku. Ponnusamy - satu geng jahat sejak uni lagi. Dua-dua ni geng kopi aku.

Mahathir - kenal tapi bukan geng.

Anonymous said...

baru2 nie sy dpt twran utk ism psikologi kt upsi tp bkn pendidikan...ntah..slame nie x penah pk akan dpt nie..coz slame nie sy mmg minat gle bidang sains...kecewa2..tp why not klu cuba bende baru..ntah2 psikology nie lg super interesting ke..hope so

Fathiah Ibrahim said...

assalamualaikum..saya student UPM..dalam bidang pembangunan manusia fakulti ekologi,minor psikologi perkembangan.. lepas baca blog fakirfikir, sy lebih bersemangat utk belajar psikologi..lantaran, ramai teman2 mencemuh bidang ini krn kurangnya peluang pekerjaan.. sy tetap percaya ilmu psikologi teratas berbanding ilmu2 lain.. mohon fakirfikir kongsikan cara belajar di ukm dulu2 =)

hanim said...

assalammualaikum. selepas mmbaca entri ni, saya berasa ada keyakinan utk mengambil bidang psikologi selepas tamat stpm ini. saya nak bertanya, apa pluang pkerjaan yg ada sekiranya mgambil IO ?? sya perlukan penerangan yg jelas utk menerangkan kpda kedua ibu bapa saya ttg bidang ini..kerana mereka sgguh risau jika kos yg bakal saya mohon ni tidak mnjamin future job. hm, itu sahaja. terima kasih. :)

Anonymous said...

Salam...jika anda sudi berkongsi...boleh anda ceritakan kerjaya anda sekarang dan susah payah mendapatkan peluang pekerjaan?

nur tieydzarif said...

berapa lama you belajar untuk sampai ke tahap sekarang ni?

Anonymous said...

Salam bro....apakah bidang psikologi pendidikan?belajar ttg apa ek?

Anonymous said...

tau tak universiti yg offer bdang psikilogi ksehtan?

lyana said...

Assalamualaikum, saya nak tanya kalau lepas tamat ijazah sarjana muda psikologi industri dan organisasi...apakah jenis pekerjaan yang blh kita ceburi nanti?

Anis Sakinah said...

Asalamualaiukm.. Saya pelajar Form 4 aliran Sains. Saya memang minat Sains dan ingin mengambil bidang psikologi.. Tetapi saya masih risau dengan masa depan saya, selepas SPM saya tak tau nak pegi mana. Selepas terjumpa artikel ni saya gembira mungkin sebab saya lebih bermotivasi. Tetapi saya masih tidak yakin dgn cita2 saya.. Saya akan cuba berfikit positif dan belajar lebih bersunguh-sungguh!! InsyaAllah!

syafiqa suhaidi said...

assalam..saya pelajar lepasan spm , waktu spm saya bukan dari aliran sains . takpe ke kalau saya apply course psikologi waktu isi permohonan upu ?dan peluang untuk saya yang bukan aliran sains ni tipis ke ? saya nak sangat tahu , sebab saya sangat berminat dengan psikologi . minta tolong tuan bantu saya .

FakirFikir said...

Cuba call universiti berkaitan untuk syarat kemasukan. Blh cuba UKM UIA dan UMS

Anonymous said...

salam..saya nak minta tolong.boleh tak encik terangkan jenis2 bidg psikologi yg ada.dan course ape yg perlu ambil di universiti nnt.then,,adakah kita perlu ambil asasi atau diploma?saya baru tamat spm.dan perkara ini betul2 merunsingkan saya.saya pelajar aliran sains dan betul2 minat bidang psikologi.

DAYANOS said...

tak gi skolah pun dapat gak ke UKM ,syok nyaa !

Anonymous said...

salam. nak tanya sikit. saya skrg belajar diploma dalam bidang engineering. tp bercadang nak sambung belajar dalam bidang psikologi time degree nnt. rasa2nya ad peluang tk nk apply time degree nnt dlm bidang psikologi sedangkn saya tkde basic langsung untk course ni. mklm lah sbb dr sekolah mmg blajar course engineering. thnks.

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya pelajar phd ukm fak pend jurusan psikologi pendidikan.. mencari sesuatu yg dpt mangembalikan semangat saya... srmoga pengalaman saudara dpt mengembalikan semangat saya yg semakin hilang

FakirFikir said...

Contact me through email.

Anonymous said...

Assalamualaikum. Nak tanye, kos psikologi belajar dalam bahasa melayu ke? Macam dengan presentation? Cakap melayu or english? And lagi satu, boleh tak pakai jeans pegi kelas?

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut hala tuju saudara setelah tamat graduate daripada universiti dan dalam bidang apakah saudara membuat praltikal.

Terima kasih, assalamualaikum...

toh weiren said...

Hi Sir, I have sent an email to you.Hope you will reply me.Thanks for your sharing :)

Nur Syahirah said...

Saya pun sama macam Syafiqa tu.Saya pelajar lepasan spm 2015 (sedang tunggu result, saya pun minta bidang psikologi. Tapi tak banyak U yang tawarkan psikologi pada peringkat Diploma. Kebanyakannya Degree, saya pula tak berminat nak masuk Form6. Jadi macam mana ye?

Rina Shafie said...

Assalam semua,Dari mengamatan blog ni sebenarnye, berapa bagusnya psikologi nie,sysnt berminat tentang psikologi rasa seperti menarik sngat, sbb tulah sy ambik course psikologi di utk degree ni di oum kerana berminat, padahal dlu waktu dip. Sy jurusan Hr.. Sy harap sy boleh bawak ..

Rina Shafie said...

Sy baru masuk sem utk Bach psychology di oum , pembelajaran dlm dwi bahasa,

Siti Norhalizah said...

Assalamualaikum, saya lepasan pljr Matrik dan ambil aliran sains.kemarin saya cek kptsn pggilan interview Alhamdulillah sy dpt,psikologi. saya nak tanya apa kaitan sains dgn psikologi? pljar sains mmg ada pluang utk dpt bidang ini kah?

Siti Norhalizah said...

Assalamualaikum, sy nak tnya apa kaitan sains dengan psikology? ia lebih kpd Biologi kah?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails